Pages

Tuesday 15 November 2011

SAMBAL SARDIN UBI KENTANG

Tetiba je pagi tadi teringin nak makan sambal sardin lepas ternampak tin sardin dalam gobok di dapur saya  so menu makan kami hari ni dari sarapan pagi sampai ke lunch ialah sambal sardin hehe senang kerja masak saya hari ni , masak satu lauk boleh makan dari pagi sampai tengahari dan saya hanya perlu tambah juadah sayur serta satu lagi lauk macam sup ayam . So , jom kita makan sambal sardin hari ni ya menang sedap laaaa....

BAHAN -BAHAN :

1 tin besar ikan sardin cap ayam
1 sudu besar cili kisar 
1-2 sudu besar cili sos
2 biji ubi kentang 
1 biji bawang besar dipotong membulat
Garam secukup rasa - jika perlu sahaja
Minyak secukupnya untuk mengoreng ubi kentang dan menumis


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan yg dibakar dulu

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan ubi kentang dan potong menjadi kiub kecil kemudian digoreng sehingga masak kemudian diangkat serta ditos ketepikan dulu. Bawang besar di potong kecil-kecil.

3) Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk dengan cili kisar dan biar sampai naik bau kemudian masukkan bawang besar , kacau sampai bawang besar agak layu dan terus masukkan ikan sardin dalam tin , sos cili dan garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan ubi kentang yang digoreng serta kacau semua bahan-bahan sehingga mesra . Bila dah mendidih serta masak boleh la ditutup api dapur . Kalau nak pedas boleh juga dimasukkan cili api yang dititik kasar dalam sambal sardin ni .

1 comment:

  1. sedapnya makan sardin. makan berdua ngan nasi panas pun dah bole membangkitkan selera kak...adussss lapor perutku....lambatnyeee la lunch hour hahahahha

    ReplyDelete