Pages

Tuesday, 15 January 2013

Sambak tumis santan ikan bilis

Sambal tumis ikan bilis ni saya masukkan santan pekat supaya sambalnya tak terlalu pedas jadi anak-anak saya boleh makan , saya belajar masak sambal ni dari mak mertua . Di rumah mertua sambal tumis ni dimakan dengan pulut kukus untuk sarapan pagi . Selalunya masa kenduri pulut kukus dgn sambal ni akan jadi menu utama sarapan untuk di jamu pada saudara-mara dan jiran tetangga yang datang untuk tolong masak lauk-pauk kenduri . Cara masak sambal ni sama saja macam masak sambal tumis biasa cuma mertua saya guna banyak bawang besar dan santan . 

Alhamdulillah memang sedap sambal ni dimakan dgn pulut , dengan nasi biasa atau nasi lemak , dgn roti , ubi kayu rebus dan lempeng . Saya guna ikan bilis jenis lembut sebab lebih sedap dan ikan bilis ni serap kuah sambal . Saya akan guna minyak yang agak banyak bila tumis cili kisar supaya cili betul-betul masak serta pecah minyak .


BAHAN-BAHAN :

200 grm ikan bilis - dibersih
6 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 keping asam keping atau asam jawa
Cili kisar secukupnya
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua kulit bawang dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga wangi . Masukkan 10 sudu besar cili kisar dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak . Jika anda suka pedas boleh tambah lagi cili kisar . Ubah suai bahan ikut selera sendiri 
Masukkan semua bawang besar dan ikan bilis serta dikacau semua bahan sehingga bawang layu dan . Kemudian masukkan asam keping , santan secukupnya , garam secukup rasa . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila semua bahan dah masak boleh la ditutup api dapur .

Santan dimasukkan dalam sambal dan dikacau rata .


Bawang dan ikan bilis yang dah dibasuh serta sedia untuk dimasak ^_^

Monday, 14 January 2013

Jalan-jalan hujung minggu

Tengok itu ni dan survey apa yang patut untuk rumah kami tu ^_^

Sinki oh sinki yang mana satu bekenan di hati , saya suka yang ni sebab ada tempat letak rak pinggan kat sebelah kanan tapi mangkuk sinkinya tak dalam dan kecil . Saya nak cari sinki yang dalam dan besar baru best bila basuh pinggan atau periuk .

Saya nak cari sinki yang besar senang kerja membasuh periuk belanga dan pinggan mangkuk . Sinki ni best sebab 2 belah ada tempat nak letak rak pinggan tapi mangkuk sinkinya tak dalam la...

Ni pun best sebab mangkuk sinkinya dalam so bila basuh pinggan air tak merecik kena baju , guna sebelah untuk membasuh dan sebelah lagi boleh juga guna untuk terap/tangkup periuk dan pinggan mangkuk . 

Biar harga mahal tapi barangnya berkualiti serta insyallah tahan lama ^_^

Survey kepala paip macam-macam jenis la pulak , mana satu nak beli ni hmmm tak pa kita survey lagi hujung bulan ni kita decide apa nak beli untuk rumah kita tu ya ^_^ . Saya tak kisah sangat kalau harga mahal yang penting benda itu berkualiti dan tahan lama dan masih dalam bujet saya , yang penting kita puas hati 'alah membeli menang memakai'


Survey toilet bowl dan sinki , mana yang sesuai ni ?

Last sekali kami ke kedai tiles hmmmmm mana satu nak beli ni sebab banyak sangat pilihan . Tengok tiles ni bekenan jap lagi salegirl tunjuk contoh tiles lain saya bekenan juga ^_^ tak pa ada masa lagi untuk pilih tiles insyallah nanti saya akan buat pilihan tiles paling sesuai dengan citarasa saya dan suami .

Pulut kukus sambal tumis bilis

Selamat pagi Isnin..

Hari ni cuti di Negeri Sembilan so saya kurang sibuk  dengan rutin harian hantar anak ke sekolah jadi boleh la saya buat n3 masak . Lagi satu juadah simple dari dapur saya - pulut kukus dimakan dengan ikan masin sepat serta sambal tumis ikan bilis lemak santan . Cara saya kukus pulut memang senang sangat , pulut ni direndam dalam 5 jam lepas tu dikukus . Senang saja kan saya pun tak campur santan semasa half way proses kukus supaya pulut kukus ni lebih tahan lama . Lagi pun pulut kukus ni nak di makan dengan lauk yang memang dah cukup berlemak macam rendang ayam atau daging . Kali ni saya masak sambal tumis ikan bilis yang di campur santan supaya kuahnya kurang pedas dan lebih sedap . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga .  

Alhamdulillah sedapnyaaa makan pulut kukus dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan sepat ni . Pulut yang dikukus macam ni tak muak dimakan banyak sebab tak begitu berlemak . 

Pulut yang dah masak dengan elok sekata , pulut yang dikukus macam ni boleh tahan lama sebab tak dicampur santan . Kalau nak campur santan masa halfway kukus tu pulut ni dikeluarkan dan dimasuk dalam bekas lain kemudian pulut ni digaul dgn santan yang secukupnya yang dah dicampur dengan sedikit garam . Gaul sekata kemudian pulut dimasuk balik dlm periuk dan dikukus sampai masak . Kalau nak pulut jadi kuning boleh la dimasukkan sedikit kunyit dalam bancuhan santan tadi dan boleh dimasukkan sehelai dua daun pandan supaya pulut ni jadi wangi .

Periuk kukus saiz besar bentuk biasa yang saya beli dari Padang Besar . Periuk kukus ni serba guna saya guna untuk kukus ikan , pulut , kukus kuih talam , kukus apam , cream caramel dan macam-macam jenis lauk-pauk la atau kuih-muih . Kadang-kadang tu periuk yg paling bawah tu saya guna untuk masak lauk berkuah ^_^

Saturday, 12 January 2013

Jalan-jalan pi Penang

Hujung minggu terakhir bulan Disember 2012 suami saya out-station ke Penang so kami sekeluarga ikut sekali kiranya makan angin sebelum sesi sekolah bermula awal Januari . N3 kali ni saya nak kongsi gambar menu masakan Minang yang kami makan di sebuah kedai kopi di tengah bandar Georgetown , memang sedap sangat laaa lauk-pauk kat restoran ni especially ikan cencaru belah belakang dengan sambal ayam . Kalau pelancong lain ke Penang cari nasi kandar , kami pi sana cari nasi dengan lauk-pauk masakan Minang ^_^

Seronoknya dapat naik feri ^_^

Dah nampak Komtar..


Jom makan nasi dengan lauk-pauk masakan Minang , bismillahirohmanirohim..


Pucuk ubi rebus dengan sambal yum yum..


Ayam goreng sambal cili yang sangat sedap..


Ikan masin dengan daging dendeng , alhamdulillah sedapnyaa...


Kalau pi Penang kami mesti singgah restoran ni yang famous di kalangan penduduk tempatan , lauk-pauk masakan Minang yang sedap . Restoran ni terletak berdekatan dengan Pejabat Kontigen Polis Pulau Pinang .

Macam-macam lauk pilih saja mana yang kita nak makan .


On the way balik ke Nilai kami singgah makan satay di Pasar Changkat Jering .

Bila singgah pasar Changkat Jering kami pasti akan makan satay , kat sini ada macam-macam jenis satay ada satay ayam,daging,paru,limpadan satay perut . Banyak gerai satay so pilih saja mana yang kita nak singgah dan makan satay . Selain tu ada dijual laksa , mee rebus , rojak dan paling famous pecal . Alhamdulillah sedap sedap semua makanan yang dijual di sini .


Dah lama saya cari kuih putu ni akhirnya dapat juga saya merasa kuih tradisional Perak ni , alhamdulillah sedap kuih ni .