Pages

Thursday, 4 October 2012

SOTONG MASAK LEMAK

Selamat pagi  Khamis...

BAHAN-BAHAN :

1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2  inci kunyit hidup
1 inci halia

* Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili . Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya ^_^

CARA MEMASAK :

Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu . Tumbuk semua bahan sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi . Masukkan santan , serai dan asam keping . Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak . Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong  masak dan boleh la ditutup api dapur .

Sedap sotong masak lemak ni , alhamdulillah...

Wednesday, 3 October 2012

HARUMNYA DOUBLE DELIGHT

Sejak minggu lepas saya kurang sihat so masak pun lauk-pauk biasa saja  jadi memang tak ada n3 resepi untuk kali ni . Kali ni saya nak kongsi lagi gambar bunga ros yang sedang kembang wangi di taman saya ni . Sekarang ni bila bangun pagi je diri ni tak sabar nak keluar ke depan rumah tengok pokok-pokok ros kesayangan . Hijau pemandangan depan rumah saya ni sejuk je mata memandang dan tenang saja hati bila tengok bunga ros kembang sana-sini . Blog saya ni masih lagi  blog untuk saya kongsi resepi masakan cuma sekarang ni semenjak dah happy bela pokok ros ni saya nak juga kongsi kegembiraan yang saya rasa dengan semua pengunjung blog . Tiap-tiap hari ada saja bunga yang baru kembang macam-macam bentuk , rupa , warna dan bau . Semuanya sangat cantik dan bila tengok saja bunga ros hati saya pun jadi gembira , terapi mata dan hati....

Kali ni saya nak share gambar ros yang sangat cantik dan wangi , nama ros ni Double Delight . Ukuran ros ni kalau kembang agar besar dalam 4 ke 5 inci dan istimewaan ros ni ialah perubahan warna pada kelopak bunga mengikut usia bunga ni . Masa mula kembang bahagian kelopak tengah berwarna cream dan kelopak tepi warna merah . Semakin matang bunga semakin berubah warna sehingga la bunga ni layu . 

Selain tu ros double delight ni antara ros yang paling wangi pernah saya bau . Harumnya menusuk kalbu dan jika kita lalu tepi pasu pun dah boleh bau harum ros ni , dah la cantik dan wangi sebab tu la saya suka dan sayang dengan ros ni ^_^ . Pokok ros DD ni mudah nak di jaga dan tak mudah sakit , cukup matahari , cukup air / makan serta cukup perhatian selain tiada serangan seranggan perosak ros double delight ni akan cepat tumbuh dan subur .

Cantik menawan dan wangi ros double delight......my favorite...

Bunga ros yang sangat cantik dan wangi...masa mula saya tengok ros ni di rumah kawan , saya terus bekenan dan bila bau saja adoihhhhh laaaa kenapa wangi sangat ros ni . Saya pesan dengan kawan jika ada anak pokok saya nak  booking tapi ambil masa juga nak tut dan tunggu sampai pokok cukup besar .So saya cuba cari sendiri ros DD ni dan alhamdulillah saya dapat ros DD ni di nursery pokok di Sg.Buloh , ada juga rezeki saya dapat la satu pasu . Kalau boleh saya nak cari lagi pokok ros DD ni  sebab bau nya yang cukup harum tu bila kembang laman saya jadi wangi...

Jom la kita bercucuk tanam tak kira apa jenis tumbuhan sayur-sayuran ke atau pokok bunga hiasan . Saya suka bercucuk tanam sebagai satu riadah terapi mata , minda dan hati selain mendekatkan diri kita dengan PENCIPTA KITA...

Sunday, 23 September 2012

Saturday, 22 September 2012

Bunga ros 'CHENTA' yang cantik menawan

Pagi Sabtu ni saya nak share lagi gambar bunga ros di taman ros saya ni . Bunga ros ni diberi nama 'chenta' oleh kawan-kawan yang sama hobi bela pokok ros . Saiz bunga ros ni sebesar tapak tangan bila dah full bloom dan sangat cantik . Kelopaknya berlapis-lapis dengan kombinasi warna merah jingga yang sangat  menarik perhatian . Bau bunga ros ni lembut saja dan yang paling best pokok ros ni senang dijaga serta cepat membesar . 

Hobi memelihara pokok ros adalah terapi yang bagi saya tenang dan happy . Setiap pagi saya memang tak sabar nak tengok pokok ros saya ni dan setiap hari banyak kali saya keluar ke laman belek pokok dan bunga ros .  Pokok ros juga adalah 'makhluk' ciptaan ALLAH yang hidup dan ada 'nyawa' serta semangatnya sendiri jadi jika kita jaga dgn baik , belai serta beri kasih sayang yang secukupnya insyallah pokok ros kita akan hidup subur dan berzikir untuk kita , insyallah . Jom la tanam pokok ros....

Pokok ros 'chenta ' kesayangan saya yang semakin besar , subur dan tinggi . Bila sekali berbunga berkuntum-kuntum serta menyeri kan laman rumah saya ni , alhamdulillah . Bila bercerita tentang bunga ros ni secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH kan . Sebab ianya berhubung kait...antara Pencipta dengan Makhluk CiptaanNya . Bila melihat pokok ros saya membesar dgn subur menjadikan saya seorang insan yang lebih bersyukur kerana di beri peluang memelihara pokok ros yang memberi kecerian dalam hidup saya ni . Sesiapa yang sentiasa bersyukur atas nikmatNya...ALLAH TAA`LA akan tambah lagi dan lagi .

Ros ni tak lama kembang dalam 3 hari saja dan lepas tu kelopaknya mula layu , begitu la putaran kehidupan setiap yang hidup bernyawa di dunia ni..


Sangat cantik kan ros chenta ni  yang sentiasa menarik perhatian si lebah..


Sooo beautiful...tak jemu dipandang dan dibelai..


Foto dari sisi bunga ros kelopaknya berlapis-lapis...


Punya la banyak lapisan kelopak ni cantikkan dan kalau dah pegang bunga ros ni memang lama la saya tenung lepas tu cium dan belai-belai , cukup cantik serta menawan kan...