Pages

Friday, 27 April 2012

MASAK LOMAK NANGKA MUDO..

Hari ni saya masak lauk gulai lomak cili api nangko mudo...

BAHAN-BAHAN :


2 potong buah nangka muda - jual dlm satu peket plastik
4 cawan santan kelapa - secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
15 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan buah nangka dan dipotong seterusnya nangka muda ni direbus masak sampai empuk kemudian ditos dan di ketepikan dulu . Tumbuk lumat semua kunyit hidup dengan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

2. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

3. Masukkan semua nangka tadi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila nangka dah masak boleh la ditutup api dapur .


Ni la rezeki kami sekeluarga untuk hari Jumaat ni , syukur alhamdulillah..

Thursday, 26 April 2012

MY ROSES

Dah 2 bulan saya bela pokok ros dan sekarang ni macam-macam jenis pokok/bunga ros ada dalam taman mini saya ni . Dulu saya ingat susah nak bela pokok ros ni tapi alhamdulillah dengan ilmu dan tunjuk ajar dari kawan-kawan yang sama hobi saya dapat bela pokok ros dan setiap hari ada saja perkara baru yang saya belajar tentang pokok ros kesayangan saya ni . Pokok ros ni memang agak manja dan tapi kalau betul cara penjagaannya memang pokok kita tu boleh hidup subur dan lama jangka hayatnya...I love my roses :)

So , sekarang ni aktiviti wajib saya pada waktu pagi mesti la siram semua pokok-pokok ros saya ni dan lepas tu mula la saya belek setiap pokok ros untuk tengok apa yang patut macam buang daun kering ,  gembur tanah dalam pasu pokok ,belek bunga atau tunas baru , belek bunga yang baru atau dah lama kembang dan seminggu sekali saya tabur baja serta sembur racun . Paling penting masa belek tu saya nak tengok keadaan daun takut kena serang dengan serangga perosak . Sekali sekala saya sembang juga dengan pokok ros ni hihihi saja je dan saya mesti ambil gambar bunga ros yang baru kembang saja je nak buat kenangan simpan dalam folder fb . Sekarang ni saya rasa cukup happy dan puas hati bila tengok pokok ros yang saya bela semakin subur dan sentiasa berbunga  . Doa saya semoga semua pokok ros saya ni akan hidup subur selamanya , amin . Jom tengok gambar bunga-bunga ros di taman mini saya ni...

Ros ni dipanggil Summer Scalet , kerap berbunga cantikkan..


Nama ros ni Queen of Sweden , elegant dan cantik sangat bunganya..


My small simple ros garden , my tranquility...ketenanganku..


Terapi minda dan mata buat saya...


2 tona pink cantikkan...


Ros mini yang lebat berbunga...


full bloom cantikkan..


cantiknyaa...


Banyak tunas baru tumbuk , happy saya tengok puas hati ni bila tengok pokok yang dibela mahu hidup subur macam ni :)


Ros mini kesayangan dah 2 bulan saya bela , masa mula bela ros ni sakit diserang serangga redmites . Saya rawat dan jaga sebaik mungkin syukur alhamdulillah ros mini ni mahu hidup dan sekarang ni berbunga lebat , cantikkan . 

Wednesday, 25 April 2012

HARI NI AISYAH DAH 14 TAHUN ^_^

Hari ni....  
genap la 14 tahun usia anak sulung saya Nur Aisyah bt Affandey..


MY DEAREST NUR AISYAH

HAPPY 14th BIRTHDAY MY SWEET AISYAH 

MAMA LOVE YOU SO MUCH ♥♥♥♥

Right from the first time we held you in our arms,
You made us fall in love with you,
with your irresistible charm.
You were the most beautiful baby that we had ever seen,
Dearest AISYAH , you made us happier than we had ever been.
Today on your birthday, looking at you grow up so fine,
Makes us love every tiny bit of this time.
Happy Birthday to our beautiful daughter.

WE LOVE YOU


Mama doa yang terbaik buat Puteri sulung mama ni :)

Tuesday, 24 April 2012

SAMBAL TERUNG MINI

First time saya cuba masak terung mini bulat yang berwarna ungu sebesar buah limau kasturi ni dan masa beli tu saya sempat tanya tokeh gerai sayur ni katanya terung ni sedap dibuat ulam selalunya direbus dan dimakan dengan sambal belacan . Nak bagi sambal terung ni lebih sedap saya tambah udang kering yang ditumbuk lumat dengan cili merah serta belacan mmmm harum semerbak sambal tumis terung ni dan cukup sedap dimakan dengan nasi panas suam-suam , syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

20 biji terung mini ungu - dibersih serta dipotong 2
Air asam jawa secukup rasa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah - kalau nak pedas tambah la lagi
segenggam udang kering - direndam dlm air panas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan terung dan dipotong 2 kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum .


Masukkan air secukupnya dalam sambal tadi dan biar sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua terung dan biarkan sampai terung cukup masak dan menjadi empuk . Kacau sambal terung ni bagi semua bahan mesra dan boleh la dimasukkan garam serta gula secukup rasa . Bila air sambal dah agak kering dan terung dah masak boleh la ditutup api dapur.