Pages

Wednesday, 17 September 2014

Sarapan pagi - kuehtiow goreng

Alhamdulillah , selamat bersarapan pagi..


BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow- dilerai-lerai
400 grm sotong , dibersihkan
200grm isi ayam
1 peket fish cake
1 ikat sawi batang putih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos Thai - nampla
Sedikit minyak bijan

Kalau tak masin boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing. Bahan-bahan boleh ditambah atau kurang mengikut selera sendiri . 

CARA MEMASAK :-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan sotong dan dipotong kecil , bersihkan isi ayam dan dipotong kecil . Potong fish cake dan bersihkan sayur sawi dan dipotong kecil , ketepikan dulu semua bahan-bahan rencah ni .

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak . Masukkan daging ayam dan dikacau sampai isi ayam masak , kemudian masukkan fish cake serta dikacau semua bahan . Buatkan ruang kecil di tengah kuali dan masukkan semua telur serta kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , kicap cair , sos nampla dan kicap manis dan gaul . Masukkan sayur sawi dan kacau lagi .

Bila sayur agak layu terus masukkan semua kueh teow . Kacau semua bahan sehingga rata dan mesra . Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .


Bila goreng kueh teow saya akan guna api dapur yang paling besar dan kueh teow ni dimasak/goreng dengan cepat supaya kueh toew tak jadi hancur kalau terlampau lama dikacau .

Tuesday, 16 September 2014

Masak lemak cili api kepah kacang panjang

Selamat menyambut hari Malaysia dan juga cuti sekolah . Cuti panjang ni mesti ramai yang balik kampung atau pergi bercuti . Saya dan famili hanya bercuti di rumah sahaja sebab banyak juga kerja/projek yang nak dibuat . Setakat hari ni kami dah dapat siap kan projek nak cat bilik anak , bersihkan laman/garden saya dan insyallah sampai hujung minggu ni ada beberapa lagi projek jahitan yang saya nak siapkan . Hari ni saya share resepi yang simple tapi sedap , alhamdulillah . Senang nak masak lemak kepah ni dan boleh juga di ganti dengan kerang atau siput lala . Menu simple macam ni selalunya saya makan dengan nasi dan lauk ikan goreng atau ayam goreng , sambal belacan dan ikan masin .



BAHAN-BAHAN :

1 kg kepah - di bersihkan
4-5 cawan pati santan - kalau kurang boleh tambah
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
2 cm kunyit hidup
7 - 10 biji cili api
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai saiz besar - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1. Bersihkan bawang merah , kunyit hidup  , cili api dan putih kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan kepah di tos dan ketepi kan dulu . Bersihkan kacang panjang dan di potong serong . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama ikan bilis, daun kunyit , serai dan garam . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2 . Masukkan semua kepah ke dalam periuk dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kepah masak , kacau sekali-sekala . Masukkan semua kacang panjang dan dikacau semua bahan , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Wednesday, 10 September 2014

Butter prawn yummyyy...



Syukur alhamdulillah hari ni saya dapat masukkan post resepi dalam blog saya ni , lama sungguh saya menyepi ^_^ . Kali ni saya nak share ilmu masak yang saya dapat dari internet iaitu Udang masak mentega atau nama famous menu ni Butter Prawn . 

Saya beli sekilo udang kertas saiz besar masa kami jalan-jalan ke Pantai Remis beberapa minggu yang lalu . Udang kertasnya dah la segar dan harga murah pulak tu sekilo RM38 , mana la nak dapat harga udang kertas macam tu sekarang ni kat pasar di bandar saya tinggal ni . Masa beli tu saya dah plan nak masak butter prawn sebab anak-anak suka sangat , kalau ke restoran makanan laut favorite kami di Bangi memang butter prawn antara menu wajib yang di pesan tapi harganya memang mahal la . 

So saya nak cuba juga masak sendiri walaupun nampak macam susah je nak masak butter prawn ni especially nak masak sarang/serbuk telur tu . Saya pun cari resepi nya dari My Resepi dan saya tengok di youtube teknik nak masak butter prawn ini . Tak la susah sangat nak masak serbuk telur tu cuma kena ikut betul-betul resepi dan cara nak masak . So lepas dah bersihkan udang dan siapkan semua bahan dengan bacaan Bismillahirohmanirohim saya pun mula la masak . Nervous juga la sebab takut tak jadi hehe , syukur alhamdulillah cubaan pertama saya masak serbuk telur ni menjadi juga , insyallah kena selalu masak untuk dapat perfect serbuk telur hehe . Bab masak udang tu tak susah sangat cuma jangan goreng udang lama sangat takut terlebih garing nanti isi udang jadi kering , insyallah lepas ni boleh la saya masak butter prawn dan tak perlu la kami pergi restoran untuk makan . Masak sendiri ni jimat belanja dan insyallah lebih sedap , cook with love for my family ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 kilo udang kertas saiz besar
5 helai daun kari
4 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk perisa - Secukup Rasa
5 sudu besar susu cair
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa - jika perlu


SERBUK TELUR

BAHAN-BAHAN :

4 biji telur merah
sedikit serbuk perisa ayam
100 grm butter
1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK :


Bersihkan semua udang dengan memotong sedikit bahagian kepala dan ekor . Tos dan ketepikan dulu . Panas kan anggaran 3/4 cawan minyak dan masukkan semua udang tadi . Goreng udang sampai masak tetapi jangan terlalu garing nanti isi udang jadi kering . So kena sentiasa perhati kan udang ni supaya jangan over cooked . Bila dah masak keluar kan semua udang dan tos kan dulu , ketepi kan .

Masukkan semua telur merah dgn secubit-dua serbuk perisa ayam dan kacau bagi sebati . Panaskan kuali yang besar , masukkan semua minyak dengan butter dalam kuali dan biar kan sampai minyak mendidih dan butter cair . 

Tangan kiri pegang mangkuk berisi telur dan tangan kanan pegang senduk bulat besar . Angkat bekas berisi telur pada jarak agak tinggi dalam 12 inci betul-betul atas kuali . 

Menggunakan senduk besi kacau minyak mengikut arah jam kemudian tuangkan telur tu secara perlahan-lahan ke dalam minyak yang sedang dikacau tu , tuang telur merah pada jarak yg tinggi ( mangkuk berisi telur diangkat tinggi atas kuali ). Tuang secara perlahan-lahan dan tangan kanan terus kacau dgn laju minyak yang berisi telur ni , tujuan minyak di kacau laju ikut arah jam adalah supaya telur akan menjadi kepingan kecil seperti serbuk . Terus kacau sehingga semua telur masak dan boleh la di perlahan kan api dapur , biar kan sampai serbuk telur masak menjadi kuning keperangan . Letakkan penapis atas mangku kaca atau periuk . Tuang semua minyak yang berisi serbuk telur dalam penapis besar  , tos serbuk telur ni dan ketepi kan dulu .

Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis semua bawang putih yang dicincang halus kemudian masukkan semua daun kari , kacau semua bahan sampai daun terbit bau wangi , masukkan semua susu cair dan masukkan semua udang yg sudah digoreng tadi dan di gaul rata . Masukkan serbuk perisa secukupnya dan gaul semua bahan jika suka udang ni sedikit basah boleh ditambah sedikit lagi susu cair . Kurang atau tambah bahan ikut selera sendiri . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan masukkan semua udang dalam pinggan yang sesuai . Taburkan semua serbuk telur tadi dan boleh la dihidang kan .


Thursday, 14 August 2014

PRAY FOR MALAYSIA - DATARAN MERDEKA


ASSALAMUALAIKUM , SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR KE DATARAN MERDEKA UNTUK ACARA 'DOA UNTUK MALAYSIA'  'PRAY FOR MALAYSIA'

Pada hari Jumaat  , 15 Ogos 2014 di Dataran Merdeka dari pukul 6.30 Petang sehingga 11.30 malam . Sempena Sambutan Kemerdekaan ke - 57 , di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur .


Aktiviti yang akan di ada kan adalah seperti berikut - solat maghrib, bacaan yassin dan tahlil, solat hajat dan solat isyak serta persembahan qasidah oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaf - Ya hanana.
JOM KITA SEMUA UMAT ISLAM PERGI KE DATARAN MERDEKA PADA PETANG BESOK UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAH KAN ACARA 'PRAY FOR MALAYSIA' NI .