Pages

Tuesday, 8 January 2013

Baiti Jannati - syukur , alhamdulillah

Syukur alhamdulillah , akhirnya pada pertengahan bulan Disember 2012 kami dapat kunci rumah yang dah lama kami tunggu sejak beli rumah ni awal tahun 2012 . Lama juga proses jual beli rumah ni dan sekarang rumah kami ni tengah di ubah suai , insyallah hujung bulan Febuari akan siap sepenuhnya . Semoga proses renovasi rumah kami ni akan berjalan lancar mengikut perancangan , amin .

Syukur alhamdulillah , rezeki anak-anak kami .


Rumah ni kami renovate perbesarkan beberapa ruang supaya lebih selesa kami anak-beranak tinggal di rumah ni . Alhamdulillah kami dapat juga beli rumah single storey...

Bahagian tepi rumah , alhamdulillah masih ada ruang laman untuk saya berkebun ^_^


Bahagian ruang tamu baru . Bila dah siap bumbung , baru lah dinding yang nampak tu akan dirobohkan dan 2 bahagian ruang tamu ni akan di satu kan . Kami extend bahagian ruang tamu , bilik tidur serta bahagian dapur , alhamdulillah .

Hampir tiap-tiap hari kami akan pegi tengok rumah kami ni dan Adam memang akan ikut sekali . Best juga tengok proses renovasi dari tanah lapang sikit demi sedikit struktur rumah baru dibuat dan kemudian naik batu-bata . Sekarang ni proses buat konkrit bahagian atas selepas tu baru la dibuat bumbung serta proses pecah dinding yang sedia ada . Saya sentiasa berdoa supaya proses renovasi rumah kami ni berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah dan siap ikut tarikh yang kami tetapkan . Saya sebenarnya dah tak sabar nak pindah masuk rumah sendiri hehe...

Besarnya tingkap depan rumah kami ni dan saya sangat-sangat suka . Kontraktor yang buat rumah kami ni yang cadang supaya bahagian depan ada tingkap besar macam ni ikut trend / rekabentuk rumah sekarang . Ruang tamu ni akan mengadap halaman depan rumah jadi saya cadang nak buat taman ros insyallah . Bila buka saja pintu utama boleh terus nampak ros garden dengan ruang rehat serta wakaf .


Pintu belakang serta bahagian wet kitchen saya ^_^


Bahagian sisi/tepi rumah kami , semoga proses renovation rumah kami ni selesai dengan elok dan siap mengikut masa yang kami rancang , amin .

Idea untuk kabinet dapur sendiri

Saya sekarang ni kumpul banyak gambar dapur untuk cari idea untuk design kabinet dapur sendiri . Saya suka kabinet putih dengan reka bentuk english country yang tampak lebih sweet serta lembut . Saya pilih kabinet dapur yang mampu dibeli , kualiti yang baik serta tahan lama dan mengikut citarasa saya . Lepas dah survey beberapa kedai kabinet dan melihat contoh material untuk kabinet dapur saya pilih kayu nyatoh atau kayu semangkuk . Sekarang ni pun dah banyak kedai kabinet dapur jadi kita boleh pilih mana yang dapat memberi servis yang terbaik untuk kita . Lepas dan tengok banyak gambar kabinet dapur saya dah buat lakaran susun atur kabinet yang sesuai ikut layout dapur rumah baru kami tu dan insyallah bila rumah dah siap saja saya akan terus buat tempahan . Insyallah , semoga semua yang kami rancang dan impikan akan menjadi kenyataan , amin .

Semua foto dapur ni dari Google
kabinet pulau dengan stool , cantikkan...


Saya cadang nak buat unit para seperti ni di dapur sendiri 


Unit para yang dapat kita gunakan untuk susun macam-macam barang , i like..


sweetnyaa


Saya bekenan dengan pintu dapur tu


Para bergantung atas kabinet pulau tu pun sangat praktikal untuk gantung periuk dan alatan memasak  , saya suka rekabentuk kabinet dapur serta layout dapur ni..

Kemas dengan pilihan warna yang sangat lembut

Pilihan warna yang sangat cantik

Sekarang ni saya tengok warna table-top banyak warna hitam memang nampak cantik cuma dapur kelihatan agak 'keras' tapi ikut citarasa masing-masing , saya lebih suka pilihan warna yang agak lembut untuk tabletop .

Cantik dan moden..

Kalau untuk dapur yang tak begitu luas susun atur kabinet macam ni memang sesuai sebab dapur dengan sikit serta peti sejuk di susun dekat supaya memudahkan proses nak masak di dapur ^_^


simple je..

Cantik laa

Ni pilihan dapur saya , semua tentang dapur ni saya suka dari pilihan warna dinding , kabinet dapur dan susun atur/layout kabinet sangat cantik dan praktikal .

Cantik dan tersusun kemas serta banyak betul kabinet untuk simpan barang mcm pinggan mangkuk serta alatan dapur .

Friday, 4 January 2013

Kenangan di Cameron Highland Dis 2012

Banyak sangat kenangan manis kami sepanjang cuti sekolah bulan Dis 2012 . Sakan juga la kami jalan -jalan ke merata destinasi pelancongan menarik di dalam negeri , alhamdulillah rezeki anak-anak saya . Paling happening dan seronok bila kami di Cameron Highland kerana cuaca di sana yang sangat sejuk . Hampir tiap-tiap hari hujan sama ada pada waktu pagi atau petang . Walaupun hujan kami dapat juga jalan-jalan ke banyak tempat menarik masa di Cameron dan saya paling happy sebab dapat ke Rose Valley , Rose Centre dan Mardi . Best la sebab saya dapat tengok serta belek macam-macam jenis bunga ros . Insyallah kami akan ke Cameron Highland lagi..

Kami baru sampai dan terus makan malam di Tanah Rata .

Alhamdulillah sedap semua lauk di restoran ni terutamanya sayur kailan yang fresh dimasak tumis ikan masin serta timun Jepun dicicah dengan sambal belacan .


Bila ke Cameron kami mesti singgah ladang teh Bharat ni , sayup mata melihat pemandangan yang cukup mendamaikan ni.

Indahnya suasana di ladang teh ni dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sejuk nyaman , langit biru dengan lanskap hijau ladang teh  rasa tak mau balik dan nak duduk berehat lama-lama di cafe teh Bharat ni.....

Happy Adlina dapat jalan-jalan ke Cameron sebab hampir sepanjang masa di tanah tinggi ni saya bagi kebenaran untuk Adlina dan Adam buka tingkap kereta baru la best dapat rasa 'aircond' original yang sejuk nyaman ^_^

Sedap juga scone di sini..

Anak sulung saya ni memang suka sangat makan scone disapu butter dan jem..

Releks sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup indah...

Kami di Brinchang , lokasi favorite saya ni sebab ada banyak sayur fresh .

Carrot segar..

Cantikkan..

Kreatif tokeh kedai ni display bunga kobis , i like ^_^

Favorite saya fresh veggies...

Strawberry segar ada di mana saja di Cameron Highland ni...

Kat tanah tinggi Brinchang ni pun ada jual traktor mainan , memang rezeki Adam la dapat beli traktor di puncak bukit yang sejuk ni , seronoknya dia hehe


Ni masa kami di ladang Mardi , best laa rasa macam tak mau balik hehe.....

Kami di Rose Valley..oohhhhh saya di syurga dunia . Saya macam tak mau balik sebab dah tertawan tengok serta dapat belek macam-macam jenis bunga ros tapi lepas 2 jam dalam taman ni saya terpaksa say goodbye pada semua ros yang sangat cantik ni huhuhuh sedih laa . Kenangan indah di Rose Valley  dan saya sangat happy di kelilingi pokok serta bunga ros yang hidup subur , insyallah jika panjang umur saya pasti akan pergi lagi ke ros valley...

Terlalu cantik bunga ros ni...

Rose saja di sini , me so happy la bila di Rose Valley ni...

Buah strawberri ni rupa memang cantik tapi rasanya tetap masam hehe..

Adlina makan sebiji je strawberry ni sebab masam . Bila balik rumah semua buah strawberry yang dibeli di Cameron saya masak buat sos strawberry . Bila dah jadi sos baru la sedap hehe...

Di lobby hotel Heritage..

Pemandangan taman dari bilik tidur kami semasa di Hotel Heritage , cantikkan taman dengan cuaca sejuk nyaman memang best la bercuti di Cameron Highland .