Pages

Thursday, 8 March 2012

KACANG KAYA KHASIAT

Saya google untuk cari info tentang kebaikan serta khasiat makan kacang so ni link yang saya dapat dari arkib Utusan Malaysia boleh klik untuk ke SANA dan saya dah copy & paste untuk n3 pagi ni sebagai info tambahan . 

Kacang kaya khasiat
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan.Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi.

Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh anda beli di pasaran. Ia bukan saja dapat memberi rasa enak dalam makanan malah mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan.Kacang adalah biji dan buah yang tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah dan boleh dikeluarkan daripada buah. Contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya.Mana-mana isi rong yang berminyak dan besar ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kacang.Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan yang menjadi sumber tenaga.Sejumlah besar kacang boleh dimakan dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, dipanggang sebagai makanan ringan atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek.

Disebabkan baru-baru ini saya ada menikmati ayam yang digoreng bersama kacang badam, saya terfikir untuk berkongsi tentang maklumat kacang ini bersama pembaca semua.

Jadi apa kata kita minggu ini kenali beberapa jenis kacang dan kelebihannya.Kacang badam atau nama saintifiknya prunus dulcis berasal dari Asia Barat dan Asia Selatan merupakan bijian daripada buah drup.Ia mengandungi (lapisan luar iaitu buah, tempurung atau cengkerang yang melindungi bijinya (kacang badam). Cengkerang yang melindungi biji badam harus dipecahkan untuk mendapatkan kacang badam.
Badam boleh dimakan mentah atau dipanggang. Ia juga satu komponen bahan untuk aneka hidangan. Badam boleh didapati dalam banyak bentuk, seperti sebiji penuh, dihiris, dan sebagai mentega badam, susu badam dan minyak badam.

Badam manis mengandungi lebih kurang 26 peratus karbohidrat (12 peratus serat pemakanan, 6.3 peratus gula, 0.7 peratus kanji dan karbohidrat).

Badam kaya sumber vitamin E iaitu mengandungi 26 miligram (mg) setiap 100 gram (g). Ia juga kaya dalam serat pemakanan, vitamin-vitamin B, mineral-mineral penting dan lemak tidak tepu) yang mana berpotensi untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) .Badam juga mengandungi phytosterols yang dikaitkan mampu merendahkan kolestrol.

Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu dua jeniskarotinoid yang membantu melambatkan penuaan.

Kacang walnut dari genus Juglans ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae dan merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan. Isinya yang keras dibuang ketika penuaian.
Perkataan walnut berasal dari bahasa Inggeris lama wealhhnutu, bermaksud 'kacang asing',wealh bermaksud 'asing'.
Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica. Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melindungi jantung dan memelihara kesihatan otak.Pada tahun 2010, satu laporan dalam the Journal of the American College of Nutritionmengatakan kacang walnut boleh melegakan stres (tekanan).
Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah.

Begitu banyak kelebihan yang ada pada makanan dari sumber kacang ini, oleh itu cubalah resipi tat yang berasaskan kacang badam. Selamat mencuba!

Wednesday, 7 March 2012

KUDAPAN KEKACANG dgn BUAH BERI KERING

Kudapan campuran kekacang dengan buah berri kering ni memang favorite saya . Bila tengok tv atau tengah kusyuk mengadap lappy saya memang suka makan kudapan macam ni . Saya campurkan kacang badam , gajus , biji kuaci , biji labu dengan buah berri kering . Snek macam ni kaya dengan nutrien/vitamin dan lebih baik dari kerepek goreng atau junk food . Semua kacang ni hanya perlu digaul dan jangan dipanggang sebab boleh menyebabkan sebahagian khasiat asli kacang-kacang ni hilang masa proses panggang tu . Jom la cuba memang sedap dan yang penting kudapan macam ni lebih baik untuk kesihatan kita .

Campuran kekacang dan buah berri kering , semuanya favorite saya..

Saya beli semua ni di Bake with yen..

Biji kuaci , kuaci labu , berri , gajus , badam dan cranberri kering . Kalau nak tau khasiat makan kacang macam ni sila la google ya....amalkan untuk awet muda...

Tuesday, 6 March 2012

KAMI PINDAH...

Kami pindah juga akhirnya syukur alhamdulillah dan doa saya semoga kami melalui kehidupan yang aman , damai dan bahagia di rumah baru kami ni . Perasaan saya ni bercampur baur , saya amat gembira sebab dapat duduk di rumah baru tapi dalam masa sama saya sedih juga meninggalkan rumah lama kami yang dah kami diami semenjak tahun 2005 sebab banyak sangat kenangan pahit manis yang kami lalui di rumah lama di Puchong tu . Kadang-kadang kita perlu laku kan perubahan supaya keluarga kita dapat melalui kehidupan yang lebih selesa . Semoga bahagia ni bersama kami sehingga ke akhir hayat , amin...

Pagi Ahad kami sekeluarga bangun awal pagi , anak-anak saya pun sama-sama sibuk nak angkat barang-barang . Tepat jam 11 pagi lori sampai dan bermula la kerja punggah barang naik ke atas lori  . Syukur alhamdulillah proses pindah kami berjalan dengan lancar dan cuaca hari Ahad tu cukup baik . 


Anak-anak saya yang happy dan excited nak masuk rumah baru sementara saya dan suami mula fikir bab nak kemas lepas masuk rumah baru huhuh . Bila pindah bab packing dan unpacking la yang saya tak suka tapi slowly saya kemas sikit-sikit dan alhamdulillah hari ni semua barang-barang dan perabot dan elok tersusun , syukur alhamdulillah . 

So , insyallah bila keadaan dah ok saya akan mula aktif berblog semula.....

Monday, 5 March 2012

ROTI TORTILA INTI SOSEJ

Lama dah saya tak buat n3 baru sebab saya betul-betul sibuk 2 minggu ni dan alhamdulillah hari ni saya saya dapat luangkan masa nak masukkan n3 resepi yang agak mudah nak disediakan dan sedap dimakan . Roti tortilla dengan iti sosej ni memang favorite anak-anak saya.....


BAHAN-BAHAN :

Beberapa keping roti tortila segera
mayonis secukupnya
sosej secukupnya- dipotong kecil
sos bolognese Prego
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
sedikit minyak untuk menumis
kepingan keju secukupnya

CARA MEMASAK :

Titik bawang putih dan kupas bawang merah serta dipotong nipis , panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu dan wangi kemudian masuk semua sosej yang dipotong kecil-kecil . Kacau sosej sampai masak dan boleh terus dimasukkan sos bolognese serta digaul rata sehingga kuah bolognese mendidih .

Panaskan frying pan dan masukkan butter secukupnya ke dalam frying pan . Perlahan kan api dapur dan letakkan sekeping roti tortila ke dalam frying pan kemudian sapu mayonis pada pemukaan roti tortila serta letakkan inti sosej bolognese secukupnya . Taburkan keju atau susun kepingan keju ke atas inti sosej . Tutup inti sosej dgn sekeping lagi roti tortila . 

Gunakan api dapur sederhana dan tutup pan fry dengan penutup periuk sekejap . Kemudian buka penutup dan tekan-tekan roti tortilla ni supaya roti melekat . Terbalikkan roti tortilla ni secara berhati-hati dan tutup balik pan fry . Sentiasa jaga dan balik-balikkan roti tortilla supaya jangan hangit dan bila keju sudah cair dan roti tortilla dah melekat boleh la ditutup api dapur dan angkat roti tortilla ni . Sejukkan sekejap dan boleh dipotong dan makan .

Roti tortilla yang sudah diletak inti sosej dan disusun dengan keju .

Tutup dengan sekeping lagi roti tortilla


Alhamdulillah sedap..