Resepi yang saya belajar dari mak mertua , selalunya daging kambing yang di masak menu macam ni tapi boleh juga di guna ayam kampung , arnab , daging lembu atau itik . Rendang ni sangat-sangat sedap , alhamdulillah .
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ayam kampung salai
santan secukupnya - sehingga menutupi ayam dalam kuali
10 batang serai- dititik
4-5 sudu besar kerisi
2 peket kecil serbuk kari Adabi
4 tangkai daun kari
2 inci kayu manis
4 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga

BAHAN DIRACIK KECIL:
3 inci halia
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA-CARA MEMASAK :
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam , tos dan ketepikan dulu . Panaskan 5 sudu besar minyak masak dalam kuali kemudian tumis semua bahan yang diracik dan kacau sampai terbit bau dan bawang menjadi layu . Masukkan semua daun kari , kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih dan buah pelaga dalam kuali dan kacau lagi . Bancuh semua rempah kari dengan sedikit air dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan semua rempah dalam kuali tadi dan di kacau rata .
2) Masak rempah sampai terbit minyak dan rempah jadi wangi kemudian masukkan semua ayam dan santan secukupnya . Masukkan serai , gaul semua bahan dan biarkan sampai mendidih . Masukkan garam secukup rasa serta kerisik , kacau semua bahan sampai daging ayam masak serta sebati dengan kuah .

2) Jika kurang masin boleh tambah lagi garam . Biar kuah mendidih dan menjadi pekat , boleh la ditutup api dapur dan dihidang .
No comments:
Post a Comment