Pages

Monday 27 October 2014

Laman Nennie - Adenium bonsai

Selain bunga ros saya suka bunga adenium bonsai , bunga adenium sangat cantik especially jenis bunga yang kelopak berlapis-lapis dengan warna pelbagai tona . Sekarang ni semakin banyak variety bunga adenium bonsai yang di jual di nursery dan kebanyakkannya dari Taiwan , Thailand atau tokeh nursery yang biak anak pokok bonsai dari biji benih . Saya ada 20 variati pokok adenium dari pelbagai jenis bentuk bunga dan warna yang saya mula jaga sejak Mei 2013 .

Pokok adenium ni mudah dijaga dan tak perlu disiram tiap-tiap hari . Saya guna tanah khas untuk pokok adenium yang saya beli nursery iaitu campuran pecahan arang , batu batan dan kompos . Pokok adenium yang ditanam dengan tanah khas ni tahan lasak walaupun di timpa hujan tiap-tiap hari kerana tanah khas ni tak simpan air . Saya guna baja organik yang dikhas kan untuk pokok adenium . 

Pokok adenium yang baru dibeli di tanam dalam sabut kelapa , saya akan basuh bahagian akar pokok untuk buang semua sabut kelapa yang melekat pada akar pokok adenium . Lepas dah basuh pokok adenium ni akan di gantung supaya akar cukup kering . Pokok adenium yang sudah kering boleh la di tanam dalam pasu baru dengan menggunakan tanah campuran khas . Selepas 1-2 bulan pokok adenium yang ditanam akan mula berbunga . Saya guna baja foliar yang saya sembur pada pokok adenium sekali seminggu . 

Hama merah adalah sejenis serangga halus yang selalu di jumpai di bahagian bawah daun pokok adenium , hama merah akan sedut cecair dalam daun dan mengakibatkan daun menjadi kering dan mati , hama ni bila di picit akan mengeluarkan cecair merah . Saya guna racun khas yang dapat bunuh hama merah ni . Saya hanya sembur racun bila ada hama merah ni bawah daun so kena rajin belek bawa daun . 



Sekilas pandang bunga adenium ni bentuknya macam bunga ros sebab kelopak bunga adenium ni berlapis-lapis dengan kombinasi bunga yang sangat unik dan cantik . Bunga adenium ni bila kembang memang tahan lama cuma sayangnya bunga adenium ni tak ada bau wangi tapi saya tetap suka bunga adenium ni sebab sangat cantik dan pokok adenium sangat senang di jaga .


















1 comment: