Pages

Wednesday 17 April 2013

Sarapan pagi : makaroni goreng

Syukur alhamdulillah pagi ni saya dapat post n3 di blog saya ni , lama juga saya tak jengah blog saya ni hehe . Saya agak sibuk sejak pindah rumah baru ni sebab ambil masa juga nak kemas rumah . Pagi ni n3 resepi yang simple dari dapur saya iaitu makaroni goreng jejari ketam , anak-anak saya memang suka sangat crab stick ni so saya cuba pelbagaikan cara masak crab stick ni kadang-kadang tu saya campur crab stick dalam mee/bihun goreng , nasi goreng , sup sayur , goreng macam tu saja . Resepi yang simple tapi menetapi citarasa kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket makaroni
25 crab stick - boleh tambah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang carrot
3 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . Kalau mahu lebih pedas boleh ditambah lagi cili kisar atau cili api yg ditumbuk .

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus makaroni sampai empuk dan ditos . Potong crab stick menjadi ketulan saiz sederhana kecil ( kiub 1 inci ) 

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi kemudian masukkan sos tiram dan crab stick . Kacau sekejap bahan-bahan dan terus masukkan makaroni serta serbu kiub ikan bilis secukup rasa .

Kacau semua bahan sekata dan jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila makaroni dah masak boleh la ditutup api .

5 comments:

  1. Dapnyeeeeeeee makroni. Hehe

    ReplyDelete
  2. aakhirnyaaa timbul jgk entry kak nannie.
    igtkan dah xmahu berblog dh,hihi.
    rindu dgn masakan sayur mayur yang dipetik depan rumah tu.

    ReplyDelete
  3. Resepi yang memenyhi selera keluarga itulah sebenaranya resepi yang sedapkan Nannie...

    ReplyDelete
  4. sedapnya sarapan... nani makan popiah 3 ketul tadi.. tu pun rush2 makan.. last2 tak sedar dah abis tapi perut still lapar.. :D

    ReplyDelete
  5. omputih gitu ye..ada crab stik suka.....

    ReplyDelete