Pages

Monday, 30 June 2014

Masak lemak cili api kerang pucuk paku

Alhamdulillah...


BAHAN-BAHAN :

1 kg kerang
2 ikat pucuk paku - kalau byk 1 ikat pun dah cukup
4 cawan santan - secukupnya
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi 

CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan kerang dan pucuk paku kemudian pucuk paku hanya di ambil daun saja . Bersihkan lagi kerang ditos serta diketepikan dulu . 

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua kerang , garam secukup rasa , asam keping . Kacau kuah supaya tak pecah minyak dan bila dah kerang dah masak boleh la di masukkan semua pucuk paku dan dikacau rata . Bila sayur pucuk paku dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sambal tumis ikan tenggiri



BAHAN-BAHAN :-

4 keping isi ikan tenggiri - saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
10 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata .Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Mubarak

Syukur Alhamdulillah , semoga Ramadhan tahun ni lebih baik untuk kita semua umat Islam , insyallah .


Kacang phool & roti bakar

Dah lama saya teringin nak makan kacang phool ni dan masa Floria Putrajaya saya dapat makan kacang phool ni yang di jual kat gerai makanan . Ok la rasanya cuma rasa bake bean yang lebih kuat berbanding rasa rempah . Kalau nak puas makan memang kena masak sendiri la so macam biasa saya akan cari resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan dan alhamdulillah memang sedap kacang phool yang Mat Gebu share resepi kat blog ^_^ . Resepi saya copy dari blog Mat Gebu , TQ ya


BAHAN-BAHAN :

1 kacang foul/phool
1 tin kecil baked bean cap ayam
300 grm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa

* Saya tambah kuantiti daging cincang .

BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :

Roti - lgi best roti paun - dibakar dan sapu butter
telur - digoreng mata kerbau
cili hijau - dipotong kecil
buah tomato - dipotong dadu
bawang besar - dipotong dadu
limau kasturi - belah dua

CARA PENYEDIAAN  :

- Satu kan rempah kari dgn serbuk ketumbar dan sedikit air kemudian digaul rata jadi pes . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak , jadi wangi dan masak .

-Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak . Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean . Kacau semua bahan sampai cukup sebati , boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula utk rasa yang seimbang .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat . Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biar kan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh la dimakan dgn roti .


Alhamdulillah memang sedap kacang phool ni ^_^


Saya beli kacang foul ni di Maidin Seremban .