Pages

Friday, 31 January 2014

Tumis air pucut keledek... yum..yum..

Alhamdulillah memang sedap sayur pucuk keledek ni .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur pucuk keledek
sos tiram secukupnya 
Sedikit air masak - jika perlu
Sedikit minyak utk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis kecil

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur pucuk keledek dan ambil semua daun kalau daun saiz besar dipotong 2 , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ditumbuk dengan bawang putih serta bawang merah . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan kacau rata semua bahan dan masukkan sayur pucuk keledek dengan sos tiram secukupnya . Jika sayur-sayuran ni nampak agak kering boleh dimasukkan sedikit air masak dan kacau semua bahan . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 


Pucuk keledek , cantik colornya. 

Thursday, 30 January 2014

Gulai tempoyak ikan bawal emas

Yummmmmy alhamdulilah....

BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal emas
2 batang serai - dititik
6 sudu besar tempoyak - boleh tambah
1 keping asam keping - kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
1/2 sudu kecil gula
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 cili merah
5 cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping kemudian masak kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua ikan bawal kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa , kacau semua bahan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Tambah bahan atau kurangkan bahan ikut selera sendiri . Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur lebih banyak gula .

Wednesday, 29 January 2014

Majlis kenduri IkaAriff di Melaka

Sabtu yang ditunggu tiba jua . Kami semua adik-beradik dapat berkumpul dengan keluarga masing-masing untuk meraikan majlis kenduri sambut menantu di kampung datuk Ariff . Alhamdulillah seronok dapat kumpul ramai-ramai konvoi ke Masjid Tanah , majlis kenduri pun berjalan dengan baik sekali . Lauk kenduri pun sedap dengan nasi minyak , ayam masak merah , kari daging , tumis acar buah nenas dan kerabu betik . Paling best masa sesi fotografi macam-macam gelagat dan gurau-senda antara kami semua hehehe sesi fotografi memang agenda wajib . Anak-anak saya seronok benor dapat jumpa sepupu , bukan selalu dapat jumpa kecuali ada agenda atau gathering macam kenduri Ika&Ariff ni . Insyallah lain kali kita dapat geder-geder lagi ya ^_^

Kami baru sampai , pasangan pengantin cantik dan segak berbaju warna sedondon ^_^


Opah dengan cucunda Ika&Ariff


Manis segak pasangan pengantin


Kak Da & abang Sabri bersama anak menantu , moga kekal bahagia hingga ke Jannah , amin .


Kami sekeluarga bergambar dgn pasangan pengantin ^_^


Si budak kecik 2 orang ni memang tak boleh dipisahkan , seronok main .


Makcik , maklong , Mama Pengantin , Ariff & Ika , Maklang , Makcu dan Makteh .


Cucu-cucu Opah , tak semua yang ada pada hari Sabtu lepas kalau semua cucu ada mesti lagi happening masa kenduri Ika Ariff ^_^


Pasangan pengantin dengan Ayah dan pakcik-pakcik ^_^


Sesi bergambar beramai-ramai sebelum balik , alhamdulillah . 

Buat Ika dan Ariff , makcik Nannie doakan yang baik-baik saja , selamat melayari kehidupan sebagai suami isteri ^_^ semoga bahagia sehingga akhir hayat , amin .

Tumis kacang buncis & cendawan shimeji

Sekarang ni ada macam-macam jenis cendawan di jual kat hypermarket dekat rumah saya . Macam-macam bentuk , warna , saiz dan nama cendawan-cendawan yang bederet disusun di rak kat hypermarket tu . Saya memang suka makan cendawan dan selalunya kalau nak masak sayur campur/capchoi , cendawan antara sayur yang saya pasti akan guna . Sejak awal bulan ni saya tengok ada sejenis cendawan baru dan nama cendawan tu Shimeji , cute saja rupanya . Geram je saya tengok cendawan ni hehehe ada ke org lain yang sama macam saya suka tengok cendawan ^_^

Saya suka pelbagai kan teknik dan jenis masakan menggunakan cendawan . Cendawan ni boleh dimasak sup , goreng , kukus , masak lemak cili api dan macam-macam lagi jenis cara masak . Kali ni saya masak cendawan shimeji dengan kacang buncis dan telur . Senang saja nak masak tumis sayur ni ^_^  favorite kami sekeluarga .

BAHAN-BAHAN :

500grm kacang buncis
1 peket cendawan shimeji
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
 segenggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
1 sudu kecil sos tiram - boleh tambah
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan ikan bilis , ketepikan dulu . Bersihkan kacang buncis dan potong menyerong . Bersihkan cendawan shimeji dan potong .

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan telur dan kacau sampai telur masak kemudian masukkan kacang buncis , jika sayur nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Masukkan cendawan shimeji dan sos tiram secukup rasa . Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan , bila sayur masak baru la di tutup api dapur.