Pages

Monday, 28 October 2013

Masak lemak pucuk peria ikan sardin tin

Menu ikan sardin tin campur pucuk peria kambas ni mak mertua saya yang masak masa raya haji yang lepas . Menu istimewa untuk makan tengahari masa raya Haji yang lepas , riuh rendah rumah mertua saya sebab raya Haji kali ni ramai adik beradik suami saya balik kampung termasuk la kami sekeluarga .Selalunya ikan sardin tin mak mertua saya buat sambal tumis tapi kali ni mak mertua saya masak lemak kuning campur dengan daun peria kambas . Alhamdulillah sangat-sangats edap ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 tin besar ikan sardin 
4 santan - kalau tak cukup tambah sikit lagi
3 cm kunyit hidup
8 biji cili api
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping - saiz kecil
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :


Bersihkan daun peria kambas , tumbuk sampai kumat cili api dengan kunyit hidup kemudian titik serai . . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua pucuk daun peria dan garam serta asam keping .  Jika kuah dah cukup masam tak perlu ditambah asam keping . Masukkan semua isi ikan sardin tin dan 1-2 sudu kuah sardin tin ni . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah mendidih dan pucuk peria dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sunday, 27 October 2013

Nasi tomato


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
3/4 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
3 sudu besar tomato puree - boleh ditambah 1 sudu lagi
2 biji buah tomato masak ranum - dipotong kecil-kecil
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Bersihkan beras basmathi dan rendam beras selama 30 minit . Bila cukup 30 minit beras ni di tos serta di ketepi kan dahulu . Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus kemudian buah tomato dipotong kecil-kecil .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan semua bawang menjadi layu kekuningan kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu kemudian masukkan tomato puree.

Kemudian masukkan semua air , susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi serta boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

Thursday, 24 October 2013

Rendang ayam daun puding

Alhamdulillah sedap.


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam tua
1/2 kilo pati santan
 santan cair secukupnya
7 batang serai- dititik
1 helai daun kunyit - diracik
3 sudu besar kerisi
1-2 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
15 biji cili api
2 inci kunyit hidup

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan daun puding dan ambil daun yang muda sahaja . Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali . Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai daun kunyit , asam keping , ayam dan santan cair secukupnya sehingga menutupi ayam dalam kuali . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak serta lembut . Jika ayam masih liat tambah lagi santan cair dan terus masak sehingga daging ayam lembut .
2) Seterusnya masukkan santan pekat , garam , kerisik , daun puding dan terus kacau . Biar kuah mendidih dan daun puding masak serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Daun puding

Tuesday, 22 October 2013

Ayam goreng berempah


BAHAN-BAHAN :

 1 ekor ayam yang besar - dipotong 12 bahagian
 1 peket rempah kari daging
 2 inci halia
4 batang serai
1 biji bawang besar - saiz besar
5 ulas bawang putih
2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2-3 tangkai daun kari
minyak masak secukupnya utk deep frying

* tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

- Ayam dipotong 12 bahagian dan dibersihkan , tos ketepikan dulu . Kisar semua halia , bawang merah , serai dan bawang putih . Kemudian kisar pula jintan putih , biji ketumbar dan jintan manis . Masukkan semua bahan - bahan kisar bersama garam secukupnya dan semua daun kari ke dalam bekas berisi ayam tadi , semua bahan digaul rata dan perap selama 2-3 jam .

Panaskan minyak yang secukupnya dan goreng semua ayam sampai masak . Bila dah masak boleh diangkat dan tos ayam . Ayam ni boleh dimakan dengan nasi putih , nasi lemak , nasi minyak , nasi tomato , nasi briyani dan lain-lain jenis nasi lagi . 

Ayam yang dah digaul dgn semua bahan perapan .