Pages

Monday, 30 September 2013

Padprik ayam

Alhamdulillah secukup rasa...


BAHAN-BAHAN :

2 ketul dada ayam
1 batang carrot
sayur brokoli secukupnya
kacang panjang secukupnya
2 batang serai
1/2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut
Sos tiram secukupnya
Kicap manis kipas udang secukupnya
Sos cili thai secukupnya
sos ikan/nampla secukupnya
1 sudu kecil cili kisar
Garam/gula secukup rasa

* Boleh tambah macam-macam jenis sayur lain ikut pada citarasa sendiri . Bahan-bahan juga boleh ditambah atau kurang ikut pd citarasa sendiri .

CARA MEMASAK :


Potong isi ayam menjadi ketulan kecil dibersih dan ketepikan dulu . Potong semua sayur dan ketepikan dulu . Kupas kulit semua bawang serta halia dan dimayang nipis .

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang dan halia sehingga wangi terus masukkan cili kisar , kacau semua sehingga cili kisar masak . Masukkan isi ayam dan kacau , biarkan sampai isi ayam baru dimasuk sos tiram/cili sos thai/nampla/kicap secukupnya mengikut citarasa sendiri .

Kacau semua bahan sehingga mesra dan boleh dimasukkan sayur carrot dan kacau , bila dah separuh masuk baru dimasukkan kacang panjang . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan sayur brokoli serta garam dengan gula secukup rasa . Bila dah masak boleh ditutup api dapur .

Friday, 27 September 2013

PAJERI NENAS

Alhamdulillah , secukup rasa kegemaran kami sekeluarga...


BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas masak ranum -sederhana besar
5 cawan santan - boleh tambah
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 peket serbuk kari daging
2-3 camca besar kerisik
gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai . Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang dan bunga cengkih . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap kemudian masukkan kerisik dan buah nenas . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Bila masak pajeri saya suka nenas yang masak ranum.

Thursday, 26 September 2013

Kek Carrot

Carrot cake ni memang all time favorite saya dan anak-anak . Dah lama saya tak baking dan anak-anak pun request nak makan kek so saya buat carrot cake ni ^_^ Resepi asal carrot kek ni saya dapat dari website JoyofBaking.com dan kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI 


BAHAN-BAHAN :

260 gm tepung
270 gm gula castor - boleh tambah jadi 300gm kalau suka manis
4 biji telur size A
240ml minyak zaitun atau minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 1/2 cawan carrot - disagat halus
1/2 cawan kacang walnut dicincang kecil
1/2 cawan kismis- dicincang

TOPPING CREAM CHEESE:

250gm cream cheese*
Gula icing secukupnya*
1 biji buah lemon - diparut kulit saja

*Pukul cream cheese bersama gula dan parutan kulit lemon sehingga kembang dan menjadi fluffy

CARA MEBANCUH ADUNAN DAN MASAK :

-Panaskan oven pada suhu 180'C . Sagat carrot dan ketepi kan dulu . Bakar kacang walnut selama 5-8 minit dalam oven kemudian dicincang menjadi ketulan kecil . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat serta serbuk kayu manis .

-Pukul semua telur sehingga menjadi sedikit kembang anggaran selama 1 minit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit . Terus pukul adunan telur dan gula ni sehingga bertukar menjadi warna pucat kemudian masukkan semua minyak zaitun serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan carrot yang disagat tadi , kacang walnut serta kismis . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati .  Sejukkan kek atas relai besi dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hias mengikut kreativiti sendiri .


Masukkan adunan kek ni dalam 2 loyang pembakar berukuran 9 inci . Bakar adunan kek ni selama 30 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak.

Saya sapu cream cheese pada atas pemukaan 1 kek kemudian saya letak lagi 1 kek diatas pemukaan kek ni . So cream cheese ni berada di tengah kek .


Wednesday, 25 September 2013

LASAGNA

Alhamdulillah , anak-anak saya suka sangat lasagna ni ^_^


BAHAN UTAMA :

1 kotak instant lasagna - boleh tambah

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:
2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
1 peket daging cincang-boleh tambah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula daging cincang , herba oregano dan kacau sampai daging masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sayur
1 kotak 250ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter bersama minyak zaitun , guna api sederhana besar atau kecil . Masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan sedikit saja serbuk black pepper dan cooking cream . Gunakan api sederhana besar dan sentiasa kacau sos bechamel ni . Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak . Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian masukkan sedikit demi sedikit sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese  buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan. 

Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir menutupi pemukaan lasagna paling atas kalau kuah bechamel tak cukup ruang saja susu supaya betul-betul banjir . Sos bechamel akan bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna . Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan lasagna ni nanti . Sos bolognese dan bechamel yg tak habis boleh disimpan .

A - susun kepingan lasagna 
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos bechamel - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .

Mula-mula susun kepingan lasagna kemudian diletak sos bologna dan diletak sos bechamel yang putih . Kemudian susun balik kepingan lasagna . Buat sampai ke lapisan paling atas .


Sos bechamel dimasukkan selepas sos bolognese.


Bila dah buat 3 lapisan pemukaan paling atas ditabur dengan keju mozarella , cheddar dan parmesan . Saya masukkan banyak juga sos bechamel sampai menutupi pemukaan atas kepingan lasagna kiranya sampai banjir la supaya kepingan lasagna masak dengan elok menjadi lembut .

-Tutup pemukaan loyang pembakar dengan kepingan aluminum foil dan masukkan lasagna ni dalam oven dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak . Kemudian buang kepingan aluminum foil dan masukkan semula loyang pembakar ni ke dalam oven dan biarkan lasagna masak sehingga pemukaan atas lasagna bertukar coklat keemasan atau sedikit garing . Boleh la di keluarkan loyang ni dan biarkan lasagna sejuk sedikit untuk dimakan .