Pages

Tuesday, 7 June 2016

Tumis kicap pedas kerang

Hari ke dua kita berpuasa , alhamdulillah. Tiada resepi special yg saya masak utk berbuka puasa . Saya masak lauk-pauk yang jadi favorite kami sekeluar dan kalau nak makan kuih atau lauk yang special saya akan ke bazar Ramadhan . Pagi ni saya share resepi kerang masak kicap pedas . Resepi ni hanya panduan jadi jika ada pembaca yg nak ikut resepi ni boleh diubah suai ikut selera sendiri


BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi kerang
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
kicap manis secukupnya 
Garam dan air asam jawa secukup rasa
6 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DI KISAR :

4 bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA MEMASAK :

1) Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja anggaran dalam 2 cawan .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan cili kisar . Gaul semua bahan sampai cili kisar pecah minyak . Masukkan gula secukup rasa , asam jawa dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan isi kerang dan kicap secukup rasa . kacau semua bahan , jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam . Gaul semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 

Monday, 6 June 2016

Tumis cili api terung telunjuk

Hari ni 1 Ramadhan , Selamat menjalani ibadah puasa . Dah lama saya tak masukkan enrty resepi di blog saya ni , so hari ni saya share resepi yg simple tapi sangat sedap dimakan dgn nasi suam-suam . Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya , amin .


BAHAN-BAHAN :

15 biji terung telunjuk  
2 sudu besar ikan bilis - direndam dlm air panas
1 biji telur ayam
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

10 biji cili api
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan  serta kupas semua kulit bawang kemudian semua ikan bilis di rendam sekejap dlm air panas dan ditos . Tumbuk lumat semua bawang putih , bawang merah dengan semua ikan bilis .Bersihkan telur telunjuk dan dipotong menyerong , ketepikan dulu .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi , kacau rata semua bahan dan masukkan telur . Kacau semua bahan tadi sampai telur masak  . Masukkan semua terung telunjuk serta kacau semua bahan . Boleh masukkan garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Saturday, 16 April 2016

Grill salmon dgn sos lemon

Lama betul saya tak up-date blog ni so hari ni say masuk resepi simple cara masak ikan salmon dgn sos lemon . Resepi saya bagi ni hanya la panduan jika ada yg berminat nak cuba masak anda boleh ubah suai cara masak ikut citarasa sendiri ya ^_^


BAHAN-BAHAN :

2 keping ikan salmon
kacang buncis
2 biji ubi kentang jenis russet 

BAHAN-BAHAN SOS :

2 ulas bawang putih - diracing kecil
2 sudu kecil butter
1 sudu kecil minyak zaiton
1 kotak kecil cooking cream
1/2 cawan susu kotak
jus lemon - secukup rasa herba
herba dill segar atau yg kering - secukupnya
Garam secukup rasa

Boleh ditambah cream jika nak kuah yang lebih pekat serta boleh diubah suai resepi ni ikut citarasa masing-masing .

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper . Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sampai masak.

2) Bersihkan semua kacang buncis dan kukus sekejap saja supaya tidak over cook sebab nanti sayur kacang buncis jadi terlalu lembut dan lembik . Bersih kan ubi kentang russet dan rebus sampai empuk , tos dan ketepikan dulu .

3) Kupas kulit semua bawang putih dan diracik halus . Panaskan semua butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian tumis semua bawang putih dan biarkan sampai bawang terbit bau wangi . Masukkan susu secukupnya , masuk jus lemon, herba dill secukup , garam dan kacau sos sehingga hampir mendidih .

4) Bila kuah hampir mendidih masukkan cream sedikit demi sedikit sampai sos jadi pekat , jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon. Biarkan sos mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .

Scramble egg salmon

Scramble egg dgn isi ikan salmon .simple saja resepi ni , saya masak untuk sarapan pagi . boleh dimakan dgn roti , pasta atau makan macam tu saja


BAHAN-BAHAN :

isi ikan salmon yg sudah digrill
buah tomato ceri secukupnya
brokoli secukupnya
daun herba oregano atau pasley secukupnya
telur 2-3 biji
sebiji bawang besar
garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MASAK :


potong kecil tomato/brokoli , racik semua bawang besar . Leraikan isi ikan kemudian pecahkan telur dalam mangkuk dan ditambah garam serta serbuk lada hitam secukupnyad an dikacau telur ni sampai sebati . Racik daun oregano .

Panaskan butter secukupnya dalam frying pan atau kuali , masukkan 1 sudu kecil minyak zaitum . bila minyak dah cair dan panas boleh dimasukkan semua bawang besar yg diracik tadi dan digoreng sampai layu dan harum kemudian terus dimasukkan sayur brokoli , kacau serta biar separuh masak . Masukkan tomato dan kacau lagi , bila tomato dah layu masukkan pula isi ikan salmon dan herba oregano secukupnya . Jangan guna banyak sgt daun herba oregano nanti tak sedap scramble egg ni . 



Bahan-bahan utk scramblee telur isi ikan salmon ni