Pages

Thursday, 20 March 2014

Jus kedondong asam boi

Pokok kendondong di rumah saya ni sentiasa berbuah . Buah kendondong madu sedap dimakan macam tu saja atau boleh juga dibuat jus . Yummy alhamdulillah sangat sedap jus kedondong ni..


BAHAN-BAHAN :

20 biji buah kendondong masak ranum
8-10 biji asam boi - boleh tambah
air masak secukupnya
gula secukup rasa
ais

CARA BUAT JUS :

Kupas semua kulit buah kendondong dan diambil isi buah , ambil semua isi asam boi . Masak air secukupnya bersama gula untuk dibuat air gula , ketepi kan dulu .Masukkan buah kendondong bersama asam boi ke dalam blender dan masukkan air secukupnya . Kisar sampai buah kedondong dan asam boi hancur dan sebati dgn air . Tuangkan jus kedondong ni dlm jug kemudian boleh la ditambah air gula secukupnya . Hidangkan jus kedondong dengan air .

Monday, 17 March 2014

Pasta goreng

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN:

1 peket pasta 

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 peket daging cincang
sayur brokoli secukupnya - dipotong kecil
100 grm tomato kering/ dry sun tomato
10 helai daun sweet basil
1 biji kiub stok daging
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk keju parmesan secukupnya 
Butter untuk menumis

CARA MEMASAK:


1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap . Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain . Bersihkan sayur brokoli dan di potong kecil-kecil . Bersihkan semua bawang dan dipotong kecil-kecil serta racik tomato kering dan ketepikan dulu .


2) Panas kan 4 sudu besar butter dan tumiskan semua bawang sehingga wangi dan layu . Kemudian masukkan daging cincang dan digoreng sampai masak dan terus kacau . Seterusnya masukkan tomato kering dan dikacau semua bahan-bahan ni .

3) Masukkan sayur brokoli dan kacau sehingga sayur separuh masak . Masukkan semua pasta , herba daun sweet basil , kiub daging , serbuk lada hitam secukupnya dan terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan lain . Akhir sekali boleh ditambahkan garam secukup rasa . Terus kacau pasta ni dan bila dah masak boleh la ditutup api . Hidang pasta dengan serbuk keju parmesan .

Friday, 14 March 2014

Masak lemak putih sayur bayam


Gembira dan puas hati kerana saya tanam sendiri semua sayur bayam ni . Insyallah selagi dikurniakan kesihatan yang baik dari ALLAH SWT saya akan terus berkebun tanam sayur sendiri , banyak sangat faedahnya untuk kami sekeluarga alhamdulillah ^_^


BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
1 peket suhun/fucuk
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan ambil semua daun sayur bayam dan jika ada daun bayam yang saiz besar boleh dipotong 2 dan ambil juga batang sayur bayam yang muda , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu . Rendam fucuk/suhun sampai kembang dan tos kan .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat atau boleh diracik nipis . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur bayam dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan boleh la dimasukkan semua suhun/fucuk . bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .

Happynya saya tengok gambar ni ^_^ . Saya tanam 3 jenis sayur di laman/taman kat rumah saya . Ada sayur bayam kampung , sayur bayam daun tirus dan juga sayur bayam campuran warna hijau/purple . Alhamdulillah ^_^ 

Sunday, 9 March 2014

Sayur-sayuran di laman Nennie

Saya tanam beberapa jenis sayur dalam pasu dan juga di rose bed . Dah lama saya cadang nak tanam sayur tapi tak kesampaian sebab sejak dari mula pindah ke rumah baru kami ni saya lebih banyak tumpukan perhatian untuk tanam pokok ros . Sekarang ni pokok ros kebanyakkannya dah besar so baru la saya dapat bagi tumpuan untuk buat batas/veggie bed untuk projek tanam sayur pula . Lepas sebulan sayur yang saya tanam dah mula besar dan ada sayur yang dah boleh diambil/petik macam pokok sayur bayam , Happy laa...

Rosebed yang saya tanam pokok ros dan juga beberapa jenis sayur - ada kailan , kucai , bayam , bendi dan pokok daun kesum .


Pokok bayam dalam pasu ni dah cukup besar untuk diambil ^_^


   Anak pokok kobis yang makin besar 


 Alhamdulillah , pokok sayur yang saya tanam dalam pasu ada pokok bendi , terung dan sawi hijau . 


 Pokok sayur sawi hijau yang saya semai dari anak benih , bila dah besar dalam 2 cm tinggi saya alih ke pasu ni , ada juga anak pokok sawi ni yang mati . Insyallah lepas ni saya dah tau cara nak tanam sayur sawi menggunakan teknik semai dan alih ^_^


 Pokok bendi dan mula berbuah , happy...


Bayam kampung dan anak pokok bendi 


 Pokok kailan , anak pokok bayam kampung yang kecil-kecil baru tumbuh dan kucai


Benih bayam di rendam semalam kemudian saya tabur saja di tanah dan dalam pasu ni . Tiap pagi saya siram dan seminggu sekali saya bagi baja organik , alhamdulillah subur pokok sayur bayam ni . Percubaan pertama saya tanam pokok bayam dari biji benih yang mak saya bagi , alhamdulillah dah besar ^_^


Pokok tomato dan anak pokok kobis , semoga elok hidup dan subur membesar , insyallah .