Pages

Tuesday, 4 March 2014

Masak pindang ikan senangin

Menu lauk yang sangat ku gemari ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 kg ikan senangin - saiz besar
2 batang serai - dititik
6 pokok daun kesum
2 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah yang besar 
2 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas . Rasa masam serta pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masak kuah pindang sampai mendidih kemudian masukkan semua ikan senangin , garam secukup rasa serta sedikit gula kemudian dikacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Tumis sayur baby kailan

Sayur baby kailan ni memang sangat sedap rasanya manis , crunchy dan boleh di masak macam-macam cara , boleh dimasak tumis belacan , chap chai , tumis ikan masin atau macam saya masak ni tumis dengan udang kering . Baru-baru ni saya dapat tau dari kawan yang baby kailan ni adalah anak pokok kobis yang dibiarkan tumbuh pada batang pokok kobis selepas sayur kobis di ambil patut la rasanya macam kobis dan bentuk rupa sayur ni langsung tak serupa dengan sayur kailan . 



BAHAN-BAHAN :


8 biji sayur baby kailan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam udang kering - direndam sekejap 

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur baby kailan dan di kopek daun sekeping demi sekeping . Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut dan ditos . Tumbuk semua udang kering dengan bawang putih dan bawang merah .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sayur baby kailan dan boleh la dimasukkan sedikit air supaya sayur ni tak kering . Kacau semua bahan dan  boleh dirasa sayur jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Monday, 3 March 2014

Sambal tumis ikan tenggiri

Memang sedap makan sambal ikan ni dengan nasi , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :-

6 keping isi ikan tenggiri - saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
12 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata .Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .