Pages

Tuesday, 8 November 2011

Sup sayur petola campur ubi kentang

Hari ini saya masak sayur sup petola yang dicampur ubi kentang serta suhun/fucuk . Sepanjang hujung minggu raya haji ni saya banyak juga makan rendang , lemang dan daging so hari ni rasa nak makan nasi dengan juadah yang bersup saja serba ringkas tapi cukup sedap......

       

BAHAN-BAHAN :
1 biji buah petola
4 biji ubi kentang
1 peket suhun/fucuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis - direndam sekejap

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan petola dan dikupas kulit dan potong ikut pada citarasa kita . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . Kupas kulit ubi kentang dan dipotong 4 .

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih . Masukkan dulu ubi kentang dan kacau serta biarkan  sampai ubi kentang empuk .


3) Masukkan sayur petola , garam secukup rasa dan biarkan sampai sayur petola masak kemudian boleh dimasukkan suhun serta fucuk . Kacau semua bahan-bahan dan boleh terus ditutup api dapur , fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .


Sedapnyaaaa....

Monday, 7 November 2011

SAMBAL TUMIS KERANG

Saya beli kerang pagi tadi mula-mula rancang nak rebus saja kerang cicah dengan cili sos tapi bila balik rumah plan sudah tukar kerang ni saya masak sambal sebab dah lama tak makan sambal kerang . Puas hati bila masak sendiri , kerang ni pun saya beli yang saiz besar so memangs edap lah bila dimasak sambal yum yum..


BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi kerang
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
5 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja anggaran dalam 2 cawan .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan cili kisar . Gaul semua bahan sampai cili kisar pecah minyak . Masukkan gula secukup rasa , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan isi kerang dan kacau semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 

LEMANG , KETUPAT DAN RENDANG

Juadah wajib yang mesti ada bila raya Aidilfitri atau masa raya Aidiladha . Rendang minang ayam tua memang favorite kami sekeluarga . Nak masak rendang ni memang mudah yang penting ayam tua perlu dimasak lama supaya isinya betul2 lembut so senang nak dimakan dengan ketupat dan lemang .


RESEPI RENDANG MINANG


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ayam tua/pencen
3 cawan santan yang pekat
5 cawan santan cair - boleh ditambah
2 helai daun kunyit - diracik
4 sudu besar kerisi
1 keping asam keping
BAHAN DIKISAR HALUS:
25 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
6 batang serai

Kalau ayam masih liat boleh la ditambah sedikit santan cair lagi .
CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali . Kemudian masukkan bahan kisar dengan santan cair secukupnya sehingga menutupi ayam dalam kuali . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak serta lembut . Jika ayam masih liat tambah lagi santan cair dan terus masak sehingga daging ayam menjadi lembut .
2) Seterusnya masukkan santan pekat , garam , kerisik dan terus kacau . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Sunday, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Asslamualaikum di pagi hari yang sangat istimewa buat kita semua umat Islam..
Saya ingin mengucapkan... 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1432 HIJRAH..
Buat semua kenalan dan pengunjung blog saya ni..

gambar dari google