Pages

Saturday, 5 November 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH...TQ NUFFNANG..

Semenjak dua menjak ni saya rajin check kotak surat sebab tunggu surat 'CINTA' dari si dia NUFFNANG hmmm lama betul la saya tunggu dah 2 purnama berlalu tapi surat 'CINTA' tu lambatnyaaaaa nak sampai ish ish kenapa la lambat sangat tapi saya tetap sabar menunggu dan....semalam akhirnya surat 'CINTA' yang ditunggu sampai juga hehehehehehee...

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Cek dari NUFFNANG ni adalah dari hasil pendapat iklan yang saya dapat dari blog masak lama saya ya bukan dari blog masak saya yang ni , jom singgah blog masak saya yang lama tu klik kat nama blog saya ni RESEPI NANNIE 

Pada satu hari di bulan Mei yang lepas secara tiba-tiba saya tak dapat nak buka blog masak saya iaitu RESEPI NANNIE huhuh terkejut dan panik saya masa tu . Banyak kali saya cuma tapi tak boleh juga adoihhhh perasan saya masa tu punya la sedih yang teramat sangat dan saya cukup kecewa . Blog yang saya cipta dari bulan Mac 2009 tu hanya dapat saya pandang dan lihat saja tanpa dapat saya masuk . Memang teruk la saya menangis huhuh sedih laaa dan saya cuba macam-macam cara nak dapat balik blog saya tu tapi tak dapat sampai kesudah . Saya minta tolong kawan-kawan yang mahir tentang komputer dan blog tapi mereka pun tak tau macam mana nak dapatkan balik blog saya tu . Saya pun pada mulanya macam dah putus asa , kecewa dan nak berhenti berblog tapi disebabkan minat saya yang mendalam saya pujuk hati ni dan saya buka blog baru yang ada sekarang ni . Syukur alhamdulillah sekarang saya dapat teruskan minat saya ni tapi macam mana pun sekali sekala saya tetap akan pergi tengok blog lama saya tu.....rindu laaaaaaaa......

Cuma yang bestnya walaupun akaun blog saya tu dah tak boleh saya buka tapi akaun Nuffnang saya masih aktif selagi ada iklan yang masuk dalam blog tu . Syukur alhamdulillah la saya masih dapat masuk akaun Nuffnang saya tu hehehe . So pendapatan dari iklan di blog RESEPI NANNIE tetap jadi milik saya hehehe . So di sini saya nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG LAMA DAN BLOG SAYA INI SEBAB TANPA KUNJUNGAN DAN SOKONGAN ANDA SEMUA BLOG SAYA NI MEMANG AKAN SEPI , THANK YOU YA...

Cek yang saya baru dapat hihi happy la walaupun jumlah yang saya dapat hanya ratusan ringgit dan bukan ribuan ringgit tapi saya rasa cukup gembira serta bersyukur alhamdulillah berbaloi segala usaha saya yang cukup enjoy dan happy berblog ni . Tujuan saya masukkan gambar cek ni bukan la nak menunjuk-nunjuk tapi hanya nak berkongsi rasa gembira atas hasil usaha saya selama ni dan mungkin juga boleh memberi dorongan dan semangat buat blogger lain untuk terus aktif berblog . Cuma pesan saya , jangan la kita berblog semata-mata untuk dapat habuan dan ganjaran duit sebab kalau tu niat kita memang kita akan cepat jadi boring dan mudah putus asa . 

Saya berblog semenjak dari tahun 2009 dan sampai la sekarang ni saya terus aktif berblog serta tak pernah terbit sekelumit rasa boring sebabnya saya memang sayang dan anggap blog saya sangat penting serta sebahagian hidup saya macam diary la jugak . So kalau boleh tiap-tiap hari saya nak buat n3 cuma kengkangan masa yang membuatkan kadang-kadang blog saya ni sepi tanpa cerita dan n3 resepi . Celik je mata dari tidur dan selepas buat perkara lain yang wajib saya memang cepat-cepat nak buka blog kesayangan saya ni . Memang tak lengkap sehari hidup saya kalau tak buka blog tapi kalau busy sangat saya memang tak dapat la nak layan hobi saya ni hehehe...

So pada semua blogger jom la kita terus aktif berblog sebab semua usaha kita yang ikhlas insyallah akan dapat balasan dan ganjaran yang setimpal ya....

KETAM TUMIS SOS TIRAM & KICAP MANIS

Besok dah nak raya so hari ni mesti ramai yang dah start beli barang-barang dapur untuk nak dimasak buat juadah besok kan . Saya tak masak apa pun sebab kejap lagi nak balik kampung mertua so kami beraya di kampung . Saya hanya tolong mak saja la masak selalunya di kampung mak mertua saya akan masak rendang minang untuk dimakan dengan lemang dan sebelah tengaharinya kami makan nasi macam biasa . Daging korban yang bapa mertua dapat selalunya mak mertua saya akan masak sup atau dimasak lemak cili api hmmm sedap laaa sebab dapat makan masakkan bonda mertua ku pure/asli masakan Nogori satil Minangkabau . Kalau kuah santan tu memang pokat laaaa podehnyoo memang teraso la hihihi maklum la guna cili api burung kampung yang kocik , mak mertua saya memang tanam banyak pokok cili api keliling rumah so senang bila nak masak kutip je , serai pun sama merimbun subur hidup di kebun belakang rumah . Ishhh rindu la pula tak sabar nak balik ni kejap lagi kami nak bertolak balik kampung so nanti saya bersiaran berblog dari Jolobu la ya..

N3 resepi masakan pertama untuk minggu ni , juadah ketam ni saya masak semalam cuma hari ni baru di masukkan dalam blog . Resepi simple saja yang saya masak ikut selera kami sekeluarga so macam biasa resepi saya ni boleh diubah suai ikut selera sendiri ya...


BAHAN-BAHAN:

8 ekor ketam - saiz besar
Daun bawang & ketumbar - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan
Asam jawa secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 biji cili merah 

BAHAN-BAHAN SOS:

3 sudu besar sos cili - boleh tambah
5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
4 sudu besar kicap manis - boleh tambah
1 sudu kecil sos ikan nampla 
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan diterus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta  air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak 


*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun ketumbar dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .


*Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Sedapnyaaa ketam fresh...


Ketam ni special sikit sebab datang jauh dari Pulau Labuan , suami saya beli di sana masa dia out station beberapa hari yang lepas . Awal subuh sebelum balik KL suami saya ke jeti nelayan di Pulau Labuan sebab nak beli hasil tangkapan nelayan yang fresh . Harga pun murah sekilo RM8 so suami saya beli punya la banyak ketam harga baru RM30 . Suami saya simpan udang , ketam serta sedikit ikan yang dibeli dalam kotak polysterin dan dibungkus elok . Balik naik kapal terbang pukul 7.45 pagi dan ketam ni sampai di rumah saya pukul 11.30 pagi memang timing elok betul terus saya masak . Alhamdulillah sedapnyee makan ketam fresh isinya pejal dan manis .

Weekend getaway ke PD.....n..my birthday...

Salam di pagi Sabtu , hari ni baru la saya terasa macam nak masukkan n3 . Tak tau la kenapa lately dalam seminggu ni saya rasa macam tak ada mood nak berblog hihi rasanya semua blogger pernah macam saya kot kadang-kadang ada masa kita macam nak rehat dari aktif berblog . So lepas seminggu senyap tanpa n3 pagi ni saya masukkan gambar kami sekeluarga bercuti , dekat je kami ke Port Dickson saja . Saya dan suami memang suka ke PD sebab destinasi bercuti ni tak jauh dan anak-anak saya memang suka ke pantai . Kebetulan pula masa kami bercuti kali ni birthday saya so kami sekeluarga celebrate birthday saya di PD . Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada saya selama ni , kehidupan yang sederhana , kebahagian serta ketenangan bersama insan-insan yang sangat saya sayangi . Ok la jom tengok gambar-gambar yang saya share di sini...

Kami baru sampai..my girls yang happy..


Masa bangun subuh hubby laling dah wish dulu lepas tu anak-anak pun bangun awal sebab seronok  holiday kan . Anak-anak pun celik je mata terus bagi kad serta hug & kisess serta wish happy birthday Mama . Senyum lebar saya bahagia teramat hihi.....


Tahun ni Adlina dah pandai tulis sendiri kad birthday yang dia bagi pada saya , so cute hihi saya memang terharu baca nukilan luahan rasa sayang dari Adlina ni dan juga dari Aisyah serta Adam . Mama pun sayang semua anak-anak Mama yang 3 orang ni....lights of my life... 


Kami bersarapan di balkoni hotel best laaa , anak-anak dah tak sabar nak ke pantai dan mandi pool masa ni..lepas breakfast kami semua ke pantai hotel yang privacy so anak-anak saya dapat main sepuasnya..


Kawasan pantai yang tenang dan bersih serta privacy..seronok anak-anak saya sebab pantai hotel ni tak ramai pengunjung..

Sempat juga posing , Adlina yang happy sokmo dapat main dan mandi di laut..


Satu-satunya hero saya , Muhd Adam yang sentiasa happy...manja Mama ni..


Percutian getaway yang best laaaaa...


Dah puas mandi laut dan main pasir pantai , anak-anak serta saya mandi di kolam renang pula..


My girls...happy saja..


Ok time nak balik ni selepas menginap selama 3 hari 2 malam di Selesa Beach Resort dan anak-anak pun dah puas seronok dengan aktiviti mandi laut dan sebagainya . Sekali sekala memang best dapat tinggalkan kehidupan di bandar serta rutin harian yang kita lalui di rumah dan take a break bersantai releks bersama family . Insyallah hujung tahun ni kami sekeluarga akan bercuti lagi maklum la anak-anak cuti sekolah panjang cuma destinasi belum pasti tapi saya dan suami macam nak jalan-jalan ke utara pula hmmm bestnyaa...

Thursday, 3 November 2011

BILA SINDROM "M" MELANDA....

Tiba-tiba sahaja sindrom 'M' ni datang.....aduhhhh...
Bila la sindrom 'M' ni akan  pergi.....hmmmm saya pun tak tahu...
Harap-harap sindrom 'M' yang melanda diri saya ni sekejap saja..
Sebabnya kalau lama memang blog saya ni tak ada n3 laaaa...

Ooooooohhhhh....nooooooo.....

lupa pula nak bagi tau sindrom 'M' ni ialah..

MALASSSSZZZ...yang teramat sangat nak buat n3...huhuh...