Pages

Tuesday, 25 October 2011

Hari Ahad yang istimewa - bersama kak Shima & family

Ahad yang lepas seorang lagi tetamu special iaitu kak Shima sudi bertandang ke rumah saya bersama family , Thanks kak Shima lain kali datang lagi ya . Saya dah kenal kak Shima dari tahun 2009 lagi , kami kenal melalui blog laa saya ada blog sewing/jahitan dan kak Shima pula blog seni jahitan x stitch serta folk art . Mula-mula kami hanya tegur-menegur kat shout box blog masing-masing lepas tu sempat geder-geder di Amcorp Mall bila sama-sama dah mula minat kumpul pinggan mangkuk lama dan sampai la sekarang persahabatan kami semakin erat . Moga persahabatan kita berkekalan sampai la bila-bila , best berkawan dengan kak Shima ni dia memang spoting , understanding , berfikiran positif dan kelakar so kalau bersembang dengan kak Shima memang banyak gelak la hehe sebab kak Shima ni orangnya ceria sokmo . 

Hari Ahad sudah kak Shima dapat juga datang ke rumah saya , alhamdulillah happy sangat saya menerima kedatangan kak Shima . Banyak benda yang kami sembangkan especially tentang hobi kami la kumpul pinggan mangkuk lama ni . Bila sependapat dalam banyak perkara memang seronok bila kami dapat spend time bersama , macam-macam yang kami cerita kan non stop hehehe kak Shima lain kali memang kena spend masa yang lebih lama di rumah saya laaaaaaa...hehehehe...

Bersama my dearest Kak Shima , nanti kalau ada peluang akak datang la lagi rumah saya ya..best laa..

Menu lunch yang saya masak untuk tetamu istimewa Kak Shima dengan keluarga..syukur alhamdulillah..


Saya tau kak Shima suka sambal tumis sebab tu la saya masak sambal tumis sotong ni..


Sayur campur simple..


Hmmm ikan masin pembuka selera memang sedap dimakan dengan nasi..


Masak lomak cili api ayam yang cukup pekat kuah dan pedas..

Ada pantun untuk kak Shima.....

Manis sungguh air kelapa ,
Duduk minum di laman,
Gembira sungguh dapat berjumpa,
Dengan kak Shima yang budiman .

Monday, 24 October 2011

Kunjungan teman sehobi

Jumaat lepas Kak Zue , kawan sehobi yang sama-sama mempunyai minat yang sama dengan saya iaitu mengkumpul pinggan mangkuk lama sudi bertandang ke rumah saya ni . Terima kasih ya kak Zue yang sempat meluangkan masa di rumah saya . Dari laman facebook kami sempat tegur menegur lepas tu jumpa , bestkan dari tak kenal dan jadi kawan itu la penangan positif facebook ni . Kami sama-sama minat kumpul pinggan mangkuk lama so kalau jumpa tak ada topik lain nak dicerita sembangkan semuanya tentang koleksi pinggan mangkuk lama yang dah berjaya dikumpul atau yang menjadi idaman . Bila bersembang pun bersemangat je sebab sama hobi kan hehehe 

Sempat juga kami bergambar posing di sisi almari yang saya muatkan dengan pelbagai koleksi pinggan mangkuk lama dan antik . Kebanyakkan koleksi saya berusia lebih dari 50 tahun dan sangat berharga buat saya . Hanya jauhari yang mengenal manikam....

Kak Zue , seorang yang sangat spoting dan ceria selalu , memang best berkawan dengan kak Zue yang sangat mesra . Pada kak Zue kalau ada kesempatan sila la datang rumah saya ya , boleh kita sambung cerita tentang pinggan mangkuk lama yang menjadi pojaan kita tu hehehe , duduk bersembang 2-3 jam pun tak cukup sebab banyak yang nak kami kongsi tentang hobi kami ni..

Saya masak nasi dagang Terengganu bersama gulai ikan tongkol , acar mentah . ayam goreng berempah dan sambal cili sebagai pembuka selera mmmm syukur alhamdulillah untuk rezeki kami pada tengahari Jumaat yang lalu...

Ni pula untuk dessert saya buat strawberry cheese cake 


Kak Zue bawa cupcake coklat yang memang favorite Adam mmm tengok la tu anak bujang saya makan cupcake coklat yang sedap tu , Mama pun makan juga sedap la hmmm kak Zue nak resepi laaa I nak try masak cupcake coklat yang sodap ni hehee..

Buat kak Zue..

Kalau ada sumur di ladang..
Boleh kita menumpang mandi..
Kalau ada umur yang panjang..
Boleh kita berjumpa lagi...

Saturday, 22 October 2011

KEK KEJU STAWBERRI

Sedap kek keju strawberry ni..

BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
180 grm gula castor - boleh tambah atau dikurang
45ml susu segar dalam kotak
1 sudu besar lemon jus
1 1/2 sudu besar gelatin halal 
3 sudu besar air suam
180 gm buah strawberri yang dikisar kasar


CARA MEMASAK :

BAHAN-BAHAN BASE:


200grm biskut marie
150grm mentega - dicairkan

Biskut marie dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

- Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .


-Bancuh gelatin dengan 4 sudu besar air suam dan semua lemon jus dalam periuk kecil dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .


- Putar 250gm cream cheese bersama gula castor dan susu hingga kembang creamy . 


Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua buah strawberri yang sudah dikisar kasar dan digaul adunan bagi rata .

-Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Saya hias pemukaan atas cheese cake ni dengan buah strawberri actually ikut la kepada kreativiti masing-masing macam mana nak hias ya . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .

Thursday, 20 October 2011

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MANIS

Dah lama juga saya tak masak resepi masak lemak putih sayur pucuk manis dengan keledek ni . Resepi yang ringkas tapi sedap dan anak-anak saya pun suka menu sayur macam ni sebab ada keledek yang manis dan lembut . Selalunya kalau masak resepi sayur ringkas macam ni akan gandingkan dengan ikan goreng saja dan masak sambal tumis sotong atau udang baru sedap dimakan sekali .

BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur pucuk manis
1 biji keledek
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2-3 cawan santan pekat - boleh ditambah
2 biji cili merah - dipotong menyerong

* Kalau kuah terlalu pekat masuk la sedikit air ke dalam kuah . Jika kuah sedikit boleh ditambah lagi santan .

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur pucuk manis dan diambil daun sahaja , ranting dibuang ya. Bersihkan keledek , dibuang kulit serta dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan dimayang nipis serta bersihkan ikan bilis . 

Masukkan santan , ubi keledek , ikan blilis dan bawang ke dalam periuk . Biarkan kuah mendidih dan ubi keledek empuk lembut kemudian baru la dimasukkan sayur pucuk manis dan cili merah , kacau semua bahan-bahan .

Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga rata , bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.