Pages

Thursday, 20 October 2011

Hujung minggu di pesta buku

Ahad lepas kami ke pesta buku di MAEPS Dewan A , Serdang . Kami pergi pun pada petang hari terakhir pesta buku so banyak buku yang best-best dah habis . Tapi lepas pusing-pusing dalam dewan yang penuh dengan pengunjung tu saya dan anak-anak dapat la beberapa buku dan majalah . Kebanyakkan buku memang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan . Macam biasa saya akan cari buku resepi atau majalah resepi untuk disimpan dan boleh dibuat rujukan kalau nak cuba resepi baru . 

Anak-anak saya yang teruja masuk dewan besar yang penuh dengan macam-macam buku dan semua buku nak dibeli . Masa ambil gambar ni kami baru halfway pusing-pusing dalam dewan dan masih memilih buku yang nak dibeli . Saya tak kisah kalau anak-anak nak beli banyak buku sebab tu salah satu cara untuk galakkan mereka suka membaca lagi pun harga buku di pesta ni memang murah dan berbaloi beli banyak buku sebab boleh disimpan sampai bila-bila . Better beli buku dari biasa kan anak-anak main video games saja , banyak membaca luas pengetahuan...

 Ni buku dan majalah resepi yang saya beli dengan harga yang murah memang berbaloi laa..


Saya dapat beli buku resepi yang besar dan setebal 339 muka surat ni dengan harga RM15 sahaja . Macam-macam resepi masakan barat dalam buku resepi ni best la..

Ni pula majalah masakan , lepas dah pilih saya beli 2 majalah saja kalau ikutkan hati macam-macam yang nak dibeli hehehe...

Monday, 17 October 2011

DAPUR IDAMAN ~ mencari idea..

Assalamualaikum , apa kabar ? Harap semua pengunjung blog saya ni dalam keadaan sihat ya di hari Isnin ni . Hari ni n3 saya bukannya gambar masakan tapi gambar-gambar dekorasi dapur yang saya kumpul dari Google . Semuanya cantikkan dengan rekabentuk kabinet dapur yang moden , gambar-gambar dapur ni memang saya simpan dalam folder album fb untuk dibuat rujukkan cari idea untuk dapur di rumah baru saya nanti . Insyallah harap-harap semua perancangan saya dan suami akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin , amin . Kali ni untuk kabinet dapur saya nak design yang modern cuma saya masih belum dapat tetapkan pilihan warna sebab tu la saya sekarang ni kerjanya kumpul gambar dapur , jom kita tengok gambar-gambar kabinet dapur yang memang saya bekenan ni...

Semua gambar adalah dari Google..
Rekabentuk kabinet dengan warna putih ni memang saya suka..


Design keseluruhan dapur ni memang cantik sangat kan cuma nak kena fikir bujet juga hehe kalau ok memang best la dapat dapur idaman macam ni..


Bestnya kalau dapat macam ni rasa macam nak masak dan lepak di kawasan dapur saja hehehe design keseluruhan sangat menarik . Memang bekenan tapi harga kabinet perlu ikut bajet yang ada ni hehehe..tak pa kita cari slow-slow ikut bajetkan...

Simple and clean , dapur macam ni senang nak diuruskan..


Bekenan pada tile kecil-kecil cuma kombinasi keseluruhan dapur ni gelapkan . Saya tengok dalam majalah deco sekarang ni banyak design dapur digabungkan kabinet warna hitam dengan putih so baru seimbang tak gelap sangat dapur .


Haaaaa design keseluruhan dapur ni memang ada ciri-ciri dapur idaman saya . Kalau macam ni memang saya bekenan sangat la . Saya masih dalam proses nak kumpul idea untuk dapur mudah-mudahan semua impian saya dapat di realisasi sebaiknya mengikut perancangan saya dan suami . 

Sunday, 16 October 2011

Masak lomak cili api terung telunjuk n ikan sepat masin..

Assalmualaikum dan selamat pagi Ahad..

Minggu ni saya banyak masak menu masak lomak cili api la , saya masak menu favorite husband ni . Kalau ada menu masak lomak cili api memang berselera sangat dia makan . Cara nak masak masih sama macam masak lomak cili api yang lain kuah mesti pekat dan guna kunyit hidup serta cili api kampung yang kecil-kecil tu . Boleh dimasukkan juga ikan kering/masin sepat dalam gulai masak lemak ni tapi kali ni saya tak  goreng berasingan ikan sepat masin ni . Hmmm memang tak terkata sedapnya makan nasi..syukur alhamdulillah...psssttt kalau ada sambal tempoyak lagi la sodap kan hehehe...

BAHAN-BAHAN :


15 biji terung telunjuk - dibersih serta dibelah 2 saja
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , ikan bilis , bahan ditumbuk lumat , asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua terung telunjuk dan garam  secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan terung telunjuk masak , boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Ni la terung telunjuk..

Friday, 14 October 2011

SOTONG GORENG RANGGUP

Sotong goreng ranggup memang favorite kami sekeluarga sebab tu la semalam saya masak lagi walaupun beberapa minggu sudah saya dah masak menu ni juga . Pagi-pagi semalam lepas hantar anak ke sekolah saya singgah pasar kat rumah saya ni tengok pekerja pasar tengah bawa turun sotong fresh dari mana tak tau la mungkin dari pasar borong Selayang la kot kan atau pasar borong Selangor . Geram betul saya tengok sotong yang sampai semuanya fresh sangat masih kenyal dan warna putih bersih . Saya beli dalam sekilo dan separuh dari sotong tu saya masak sotong goreng ranggup ni . Guna sotong fresh so hasilnya memang la sedap isi pejal dan manis sangat cuba kalau beli sotong yang dah lama mesti liat dan isi jadi kecut lepas digoreng . Memang sedap sotong segar dimasak goreng macam ni tapi tak boleh la diamalkan selalu makan sotong goreng ranggup ni sebab tinggi kolesterol dan tak bagus untuk kesihatan kita sekali sekala boleh la kan .

Sotong goreng ranggup sedap dicicah sos cili Thai..



Bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurang mengikut citarasa sendiri . Kalau suka pedas masuk la sedikit serbuk cili . Kalau ada serbuk kari pun boleh ditambah dalam adunan tepung ni banyak mana ikut selera kita la ya . Kalau ada pak aji pun boleh juga ditambah saya pernah guna serbuk secukup rasa ditambah dalam adunan tepung ni dan hasilnya sotong goreng ni memang sedap 

BAHAN-BAHAN :

1 cawan gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk pati ayam/bilis - pilih yg mana suka

Sedikit serbuk lada hitam 
2 biji telur dipukul rata
Garam secukupnya 



CARA MEMASAK :


Masukkan semua tepung gandum , tepung beras , garam , baking powder , serbuk pati ayam , serbuk lada sulah dalam bekas yang sesuai dan digaul rata .

Pukul telur bagi rata saja kemudian masukkan sotong ke dalam telur dan gaul dengan cepat .


Sotong terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata . Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain . Keluarkan sotong dan masukkan ke bekas lain yang kering . Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.


Panaskan minyak dan masukkan sotong ke dalam kuali. Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan sotong ini jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat . Keluarkan sotong dan toskan seketika dan boleh dihindangkan sotong didalam bekas lain .

500 gm sotong sederhana besar - dibersihkan serta dipotong ikut pada citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan serta diketepikan dulu .


Masukkan sedikit demi sedikit sotong tadi ke dalam campuran tepung kemudain digaul rata sehingga sotong menjadi kering dan diselaputi nipis tepung . Angkat sotong dan digoyang-goyang perlahan untuk dibuang tepung berlebihan . Buat sampai habis semua sotong dan pastikan sotong betul-betul kering diseliputi tepung sahaja .



Sotong yang sudah digaul tepung dan boleh digoreng . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry . Pastikan minyak cukup panas dan boleh la dimasukkan sotong dan digoreng sehingga sotong menjadi golden brown . Jangan goreng terlalu lama nanti sotong jadi terlebih masa dan menjadi kecut serta liat . Angkat sotong dan tos serta boleh la dihidangkan .