Pages

Wednesday, 12 October 2011

Sambal hijau petai campur ikan bilis

Sambal yang sungguh tak dapat ku tolak tepi mesti mau makan laaa hehehehe

Sambal petai ni jadi warna hijau sebab saya hanya guna cili padi warna hijau . Kalau makan nasi dengan ada lauk sambal petai ni pun dah cukup dan kalau nak lagi sedap goreng ikan masin perhhhhh makan nasi pun mesti bertambah la hehehehe..resepi ni boleh diubah suai ikut pada selera sendiri ya..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
5 papan petai - kupas ambil petai
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

15 biji cili api warna hijau - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMASAK :

- Bersih ikan bilis dan digoreng agak garing . Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping dan biarkan sampai sambal masak menjadi harum .

- Masukkan bawang besar yang dimayang nipis dan biarkan bawang masak sedikit layu kemudian boleh dimasukkan ikan bilis goreng serta dikacau rata . Masukkan garam serta gula secukup rasa serta dikacau rata semua bahan-bahan . Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila sambal dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sambal cili api ikan pari

Selalunya ikan pari ni saya suka masak asam pedas atau kari dan kadang-kadang saya grill cicah dengan air asam . Kali ni saya tukar sikit menu kebiasaan bila masak ikan pari ni saya cuba masak ikan pari sambal cili api pula dan hasilnya mmmm sedapp laaa. Saya masak ikut selera saya serta suami yang memang suka pedas-pedas dan saya guna cili api burung kampung yang saya kutip masa balik kampung dulu baru pedasnya asli kan...


BAHAN-BAHAN :-

500gm ikan pari - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
2 biji cili merah -dipotong kecil
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR/TUMBUK LUMAT :-


15 biji cili api - ikut banyak mana kita suka
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta dipotong kemudain digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak dan sedikit garing .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Kemudian masukkan bawang besar , cili capsicum , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1-2 sudu besar gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang rasa pedas dari cili kering .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata .Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur.

Tuesday, 11 October 2011

Masak lemak cendawan kukur campur batang keladi

Lama dah saya cari cendawan kukur ni kebetulan hari Ahad lepas ke pasar tani kat rumah saya ni . Masa jalan-jalan dekat meja jualan sayur-sayur kampung pandangan mata saya ni terus terpandang cendawan kukur yang diletak dalam bekas plastik . Saya ambil/kaup cendawan kukur ni masuk plastik dan bila ditimbang harga cendawan kukur ni RM10 , saya ok saja dengan harga macam tu sebab dah lama juga tak masak menu cendawan kukur . Kalau nak tau cendawan kukur ni memang dah masuk dalam senarai makanan yang sangat di kehendaki kiranya WANTED la hehehe..

Masak lomak cili api cendawan kukur campur batang keladi ni cara nak masaknya sama saja macam resepi masak lemak yang lain . Berapa banyak bahan bergantung pada citarasa kita la ya kalau tak suka pedas jangan letak cili api banyak sangat . Kuah mesti pekat tapi kalau pekat sangat tambah la air sikit saja . Guna la kunyit hidup untuk dapat aroma dan rasa yang lebih sedap dan yang paling penting beli la bahan-bahan yang segar untuk hasil masakan yang sedap...

Tadi baru sempat saya jalan-jalan ke blog kawan-kawan yang dalam senarai bloglist saya tu dan macam biasa blog DAPUR TANPA SEMPADAN memang antara blog wajib saya masuk . Bila masuk tu saya baca macam biasa tup tup terkojut den tengok-tengok nama akak di sebut di blog MAT GEBU waa thanks ya Mat dan yang bestnya resepi sambal ikan dori saya tu memberi inspirasi untuk Mat masak sambal ikan campur potai yang semesti sedappppp....jom kita gi blog Mat dan tengok resepi-resepi yang sentiasa memberi inspirasi untuk akak cuba hehehehe THANKS Mat...


BAHAN-BAHAN :


2 cawan cendawan kukur
2 batang keladi -disiat kulit dan dipotong kecil-kecil
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai
sekeping asam keping saiz medium
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh cendawan kukur untuk buang semua kekotoran kemudian di perah air dan ditos ketepi kan dulu .  Siat kulit batang keladi dan dipotong kecil , ketepikan dulu .

2. Tumbuk lumat semua bawang merah , putih , kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan kukur dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la dimasukkan batang keladi tadi . Sekali sekala kacau masak lemak ni menjadi empuk . Bila cendawan dan batang keladi dah masak boleh la ditutup api boleh la ditutup api dapur.


Cendawan kukur yang agak susah nak jumpa sekarang ni tapi kalau ke pasar tani masih ada dijual . Rasa cendawan ni memang unik serta sedap dimasak lemak cili api...


Ni pula rupa batang keladi yang sudah dibersihkan dan dipotong-potong..

Monday, 10 October 2011

OREO CHEESE CAKE - kek birthday ADAM

Oreo cheese cake ni memang favorite anak-anak so last week saya buat la sebiji kek ni untuk celebrate birthday Adam yang ke 4 tahun . Kali ni saya guna resepi yang saya jumpa dari blog dan kalau nak tengok resepi asal boleh la klik SINI . Agak mudah nak buat cheese cake ni dan rasanya hmmmmm sangat-sangat sedap . Perlu simpan kek ni sekurang-kurangnya 8 jam supaya oreo cheese cake ni betul-betul keras dengan elok . Texture kek ni cukup elok lembut dan padat so perlu la ikut resepi ni betul-betul untuk dapat hasil yang sangat memuaskan ya tapi saya ubah sikit resepi kek ni macam saya tambah gula lagi sebab anak-anak suka manis so tapi jumlah bahan-bahan lain masih sama macam resepi asal...

Anakanda Adam posing bersama kek birthday..


Oreo cheese cake yang sedap sangat ni...


BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
80 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
45ml susu segar dalam kotak
10 ml lemon jus
1 sudu besar gelatin halal brand Nona
1 sudu kecil vanilla esen
3 sudu besar air suam
15 keping biskut oreo dihancur-masuk dalam adunan cheese


CARA MEMASAK :

base cheese cake , saya guna tin kek ukuran 8 inci .

BASE :
120 grm biskut oreo-dihancurkan
50 grm butter dicairkan

Biskut oreo dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.




FILLING :
- Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 2-3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .


-Bancuh gelatin dengan 3 sudu air suam dan semua lemon jus dalam periuk dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .


- Putar 250gm cream cheese bersama gula castor , esen vanilla dan susu hingga kembang creamy . 


Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua biskut oreo yang dihancur dan gaul adunan bagi rata .

-Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Saya hias pemukaan atas oreo cheese cake ni dengan kepingan biskut dan juga saya hancurkan beberapa keping biskut dan saya taburkan atas kek ni . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .