Pages

Thursday, 20 August 2015

Asam pedas ikan terubuk

Secukup rasa , alhamdulillah.



BAHAN-BAHAN:

1.5 kg ikan terubuk
3 batang serai - dititik
200ml cili kisar
1 sudu kecil biji halba
1 sudu besar belacan
1 sudu kecil ketumbar*
1 sudu kecil jintan putih*
1 bunga kantan saiz besar - dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum / 1 ikat
750ml air - secukupnya/boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

60 gm bawang merah
3 ulas bawang putih
30 gm lengkuas
30 gm halia

* jintan putih dgn biji ketumbar disangai samai wangi dan dikisar halus .

-Resepi ni hanya panduan , bahan boleh dikurang atau ditambah ikut selera sendiri . Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.
CARA MEMASAK:

Bersihkan ikan terubuk , dipotong menjadi kepingan dan dibasuh kemudian ditos serta diketepikan dulu.

Biji ketumbar dan jintan putih disangai atau goreng tanpa minyak selama 4-5 minit atau sehingga terbit bau wangi , guna api dapur sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Apa bila dah terbit bau boleh la ditutup api dapur dan ketumbar dgn biji jintan putih dikisar halus atau ditumbuk halus.

Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumiskan halba dalam 1 minit kemudian masukkan bahan kisar . Kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , biar sambal menjadi masak dan pecah minyak . Kemudian boleh dimasukkan serbuk jintan manis dgn ketumbar , kacau semua bahan .


Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.Seterusnya masukkan air secukupnya , daun kesum dan bunga kantan . Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.Masukkan semua ikan terubuk , garam dan gula secukupnya . Jika kurang kuah boleh ditambah air sehingga menutup ikan dalam periuk . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra . Rasa kuah dan boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air asam jawa sehingga cukup mengikut citarasa sendiri . Kacau perlahan semua bahan dan biarkan sampai mendidih , bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday, 13 August 2015

Tumis tempoyak udang

Alhamdulillah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :-

500 grm udang - dibersih buang kepala dan ekor
1 biji bawang besar - dipotong berbaji
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :-

2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :-

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi kemudian masukkan tempoyak . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu .  Masukkan semua udang dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit asam keping atau jus limau nipis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan jika kurang manis boleh ditambah sedikit gula , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Wednesday, 12 August 2015

Kerabu jantung pisang

Alhamdulillah sedap kerabu jantung pisang ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

600 grm jantung pisang yg sudah direbus
1 biji bawang besar
1 cawan santan
kerisi secukupnya
Garam secukup rasa
jus limau nipis secukupnya

BAHAN DI KISAR :

2 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 inci halia
1 batang serai
3 sudu besar udang kering - rendam dlm air panas

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :

1. Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut . Masak air dalam dalam periuk sampai mendidih dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .

2. Rendam sekejap udang kering dalam air panas kemudian di tos . Kisar cili merah bersama halia ,serai dan udang kering . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .

3. Masukkan semua santan dengan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai mendidih atau pecah minyak kemudian masukkan sedikit lad hitam dan kacau semua bahan . Masukkan jantung pisang dalam ke dalam kuali . Masukan kerisi secukup rasa dan jus limau nipis secukupnya . Masukkan garam secukup rasa , Kacau semua bahans ehingga cukup rata . Dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .

Tuesday, 4 August 2015

Gulai tempoyak ikan nyok-nyok

Ikan nyok-nyok ni selalunya saya masak kari tapi kali ni saya cuba masak gulai tempoyak pula . Sedapnyaa isi ikan nyok-nyok yang manis ni bila dah masak dan sebati dengan kuah tempoyak . Alhamdulillah ^_^

Kesedapan kuah tempoyak bergantung kepada kualiti tempoyak yang kita guna , kalau tempoyak yg terlalu masam pun tak sedap sebaiknya tempoyak yang masam manis atau tempoyak yang baru . saya tak suka kuah tempoyak yang terlalu pedas jadi saya masukkan sedikit gula untuk bagi seimbang rasa masam, pedas , manis . Selain tu saya guna kunyit hidup untuk dapat warna dan rasa asli kunyit . Saya masak gulai tempoyak ni ikut citarasa saya dan famili jadi kalau ada pembaca yang nak cuba resepi yang saya bagi ni anda boleh ubah suai , tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa sendiri ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan nyok-nyok = berat 1 kg
2 batang serai - dititik
tempoyak secukupnya 
Air secukupnya - menutupi ikan dlm periuk
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah - boleh tambah
1 cm kunyit hidup

* Masukkan sedikit demi sedikit tempoyak sehingga sedap ikut selera sendiri , saya guna dalam 7 sudu besar tempoyak . Boleh tambah cili api kalau suka pedas

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan masak kuah sampai mendidih . Masukkan semua ikan nyok-nyok dan garam serta gula secukup rasa , kacau semua bahan sehingga sebati . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Monday, 3 August 2015

Kerabu pucuk-paku & taugeh

Alhamdulillah sedapnya kerabu pucuk-paku ni , puas hati bila dapat buat kerabu sendiri . Sebaik-baiknya elok kita masak sendiri makanan yg kita nak makan sekeluarga .Besar pahala bagi seorang ibu/isteri yang menyedia dan masak makanan untuk keluarganya . Amalkan baca bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula dan semasa tengah masak , Berdoa lah supaya makanan yang kita masak dan dimakan oleh kita sekeluarga menjadikan diri kita sihat seterusnya kita dapat beribadah dengan baik kerana Allah Taala .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
5 sudu besar udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh dan celur kejap dalam 20 saat saja . Tos pucuk paku dan taugeh serta ketepikan dulu .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.