Asmlkm dan selamat pagi Isnin dan hari ni bermula lah minggu baru untuk kita semua . Kejap je masa berlalu pergi meninggalkan kita , sekarang ni saya rasa masa cukup cepat bergerak macam tak terkejar rasanya . Paling saya suka suasana awal pagi sebab bila bangun syukur alhamdulillah badan dan minda memang terasa cukup segar . Mata saya ni bila tersedar saja memang susah nak tidur balik so kalau terjaga pukul 4 pagi saya dah tak boleh tidur balik dan selalunya saya akan buat apa saja kerja atau aktiviti pada masa tu untuk tunggu sampai hari cerah . Suasana awal pagi yang paling saya suka sebab sunyi , aman , sejuk dan bila bangun saya mesti tengok dulu ikut tingkap suasana persekitaran dan terus jengok anak-anak yang masih nyenyak tidur . Tenang hati bila tengok wajah anak-anak lena tidur , wajah-wajah kesayangan saya...
Pagi ni saya masukkan gambar-gambar masa kami bercuti ke Cherating baru-baru ni masa awal cuti sekolah . Dah banyak kali saya ke Cherating selalunya saya dan anak-anak ke sana ikut hubby yang outstation . Ada beberapa tempat/restoran yang saya mesti singgah untuk makan so kali ni saya masukkan gambar kedai kopitiam yang kami pasti singgah kalau ke Kemaman dan semestinya kami mesti makan kopok lekor yang segar fresh digoreng . Pada saya keropok lekor dan satar yang ada di Kemanan yang paling sedap pernah saya makan . So , jom tengok gambar yang saya kongsikan ni...
Aktiviti wajib kalau ke Cherating , main di tepian pantai la . Saya memang tak bagi anak-anak mandi laut selalunya setakat nak celup kaki kat air laut tu boleh la tapi kalau nak beria-ria mandi-manda memang saya tak bagi sebab saya takut tengok ombak laut yang besar tu . Masa kami di Cherating cuaca mendung saja musim hujan masa tu so ombak laut agak tinggi dan laut macam tak sesuai untuk acara mandi-manda . tambahan lagi anak-anak saya pun memang lebih suka main pasir laut dari mandi laut . So kami hanya bersantai di tepian pantai , saya layan je tengok anak-anak main . Seronok betul Adlina dan Adam lari sana-sini lepas tu main pasir laut..
Anak-anakku yang happy bercuti , Mama ni happy bila tengok senyuman anak-anak , lepas dah puas main di tepi pantai baru la anak-anak beralih mandi di swimming pool pula .
Saya biar anak-anak main sepuas-puasnya , bila tengok cuaca redup sikit kami ke pantai . Sambil tengok anak-anak main saya pun rehat tengok pemandangan suasana pantai serta laut yang cantik cukup mendamaikan . Itu je la aktiviti kami masa tinggal di hotel , saya dan anak-anak banyak habiskan masa di tepian pantai saja . Kami akan keluar ke gerai sekitar hotel atau ke bandar Kemaman untuk makan . Bila nak sarapan saya lebih suka keluar makan di gerai milik penduduk tempatan dan menu yang saya cari semestinya nasi dagang yang dimakan dengan gulai ikan aya fresh yang cukup sedap .
Kami juga ke kopitiam yang terkenal di bandar Kemaman untuk makan sarapan . Kopitiam ni memang terkenal di kalangan penduduk tempatan serta pelancong luar . Saya paling suka makan roti bakar home made dan minum kopi susu pekat yang cukup wangi dan sedap..
Roti bakar home made ni memang sangat sedap ikut pada citarasa saya la , rasa roti ni cukup berbeza dari roti-roti yang saya pernah makan . Texture roti yang padat , lembab dan sedikit kenyal . Roti ni dibakar/toast atas bara api serta disapu margerin dengan kaya home made mmm cukup-cukup sedap...
Kuih muih yang sedap dan home made serta cukup semua rasa..
Ni pun favorite saya dan anak-anak , telur separuh masak makan dengan roti bakar home made sedapnyaaa...
Kuih-muih dan makanan yang diletak ditengah ruang kedai , pilih je mana yang kita nak makan . Semua makanan sedap bila ke kopitiam ni selalunya kami sekeluarga akan makan nasi dagang , roti bakar sapu kaya , roti dengan telur setengah masak , nasi lemak ikan , kuih muih , kopi susu dan kopi pekat .
Paling saya suka hiasan dalam kopitiam ni sebab dihias dengan barang-barang lama tradisional masyarakat setempat macam dalam gambar ni kelihatan talam-talam lama yang disusun cantik . Ada gambar seniwati bintang filem dulu dan juga sterika lama . Bila duduk dalam kedai ni memang rasa cukup selesa dan saya memang suka interior dalam kedai ni sebab saya memang peminat dan pengumpul barang-barang lama/antik .
Salah satu sudut dinding dalam kopitiam ni yang dihias dengan pinggan antik Belanda , teko ayan lama , tiffin seramik biru yang cukup cantik , camera lama dan teko lama . Sambil makan sambil saya tengok semua barang-barang lama bestnya kiranya dapat cuci mata pun jadi laa , kalau dikalangan kami peminat barang lama istilah 'cuci mata' maksudnya kalau tak dapat nak miliki barang-barang antik tu dapat tengok pun jadi la .
Saya bersama anak-anak baru sampai untuk sarapan di kopitiam ni , kalau kami cuti ke sebelah pantai timur memang wajib kami singgah kopitiam ni...roti bakar di kedai ni memang sedap .
Bila dah sampai ke Cherating mesti kami terus ke Kemaman untuk cari keropok lekor la . Keropok di Kemaman la yang paling sedap ikut selera kami anak-beranak dan keropok lekor nya memang banyak ikan dan sangat-sangat fresh dibuat pada awal pagi . Bila nak makan baru la keropok ni digoreng dan keropok ni dicicah dengan sos pencicah sedap . Saya suka tengok kakak di kedai ni menguli keropok lekor fresh ni sambil tengok sempat juga saya sembang tanya pada kakak kedai resepi buat keropok lekor .
Keropok lekor yang baru dibuat dan digoreng untuk kami makan , cukup sedap...
Ada sederet kedai macam ni di tepi jalan utama di Kemaman so kita boleh pilih kedia mana yang nak kita singgah dan nak makan keropk lekor . Saya selalu singgah kedai kakak ni sebab keropok lekor yang dibuat memang sedap ikut pada selera kami sekeluarga .
Ni pula satar yang saya suka makan dan tiap kali ke bandar Kemaman saya akan beli satar di kedai yang sama .
Anak-anak happy bercuti dan insyallah kalau kami panjang umur , sihat tubuh badan dan ada rezeki saya dan family pasti nak cuti-cuti ke pantai timur lagi .