Pages

Wednesday 31 August 2011

Juadah di pagi Syawal - rendang kerang..

Assalamualaikum di pagi raya ke 2 , alhamdulillah gembira dan seronok dapat sambut Aidilfitri kali ni dengan insan-insan yang dikasihi kan . Semalam saya ingat nak masuk la entry 1 Syawal tapi sampai ke malam memang ada je aktiviti dengan saudara mara . Kali ni saya sambut 1 Syawal dengan keluarga di kampung halaman so bila masa macam ni la dapat rasa dan makan juadah istimewa macam rendang kerang ni yang super delicious yum yum..ok la saya bagi resepi ya dan saya nak offline ni sebab nak pegi beraya ke rumah saudara-mara pula mungkin malam atau besok saya masukkan n3 lagi actually banyak sangat gambar yang saya nak kongsi tapi buat masa ni memang tak sempat la hehehe...jom kita jalan-jalan beraya...


BAHAN-BAHAN :

1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat-boleh tambah
2 helai daun kunyit-dimayang nipis
4 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik-boleh tambah
10 biji cili api
Garam secukup rasa


BAHAN DIKISAR HALUS :


6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih - boleh tambah


*tak perlu tumbuk atau potong cili api .

CARA MEMASAK :


1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .


2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik serta kacau semua bahan . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .

Rendang kerang yang super power sedap syukur alhamduillah..

3 comments:

  1. selamat hari raya kak.. maaf zahir dan batin..sedap tengok rendang akak tu, berselera dibuatnya. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Saya memang tak pandai makan kerang dr kecil tp tengok rendang kat atas yg saya teka mesti pedas, buat telan air liur gak...

    ReplyDelete
  3. aiii...sedapnya.....selamat ari raya...

    ReplyDelete