Pages

Tuesday, 23 August 2011

Kerabu taugeh campur kerang - sedap diratah jee

Pagi ni cuaca sejuk cukup nyaman hujan renyai-renyai dan berkabus semenjak pukul 8 pagi tadi  , masa saya keluar nak hantar anak-anak ke sekolah dalam pukul 7 pagi tadi cuaca dah gelap awan mendung alhamdulillah la sejuk nyaman hari ni . 

N3 pagi adalah juadah semalam masa berbuka Ramadhan ke 22 dan saya buat kerabu lagi tapi kali ni kerabu taugeh campur kerang dengan sedikit kacang botor . Dalam banyak-banyak kerabu saya cukup gemar makan kerabu ni sebab rasa taugeh yang manis serta rapuh dengan kacang botor memang kena sangat kombinasi rasanya dan bila digaul bersama kerisik serta udang kering bertambah-tambah sedap lagi laaa . Taugeh ni saya celur tak sampai 5 saat supaya kekal ranggup dan kacang botol dipotong nipis-nipis sementara kerang pula direbus dan diambil isinya . pada saya makan menu begini lebih berkhasiat sebab tidak ditumis dengan minyak serta dicampur bahan perasa tiruan atau dimasak dengan santan pekat cuma kerisi tu jangan la terlalu banyakkan hehehe tapi kalau banyak pun tak pa sebab semuanya bahan asli tiada dicampur MSG hihihihi....ok saya bagi resepinya yang lebih kurang sama saja dengan kerabu yang lain..

Kerabu taugeh dan kerang 


BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Saya tak jemu makan kerabu ni sedap saja dan selalunya saya ratah saja kerabu ni . Hari ni saya nak buat kerabu mangga muda pula insyallah petang atau malam ni saya masukkan resepinya ya..

15 comments:

  1. Wah nampak sedap...dah lama x makan benda nie..

    ReplyDelete
  2. salam. wah sedap ni. saya dari awal puasa lagi nak buat kerabu ni tapi tak terbuat lagi. huhu nak kene buat juga weekend ni. nampak sedap

    ReplyDelete
  3. SEDAppp......fevereeet ni.bole la buat nanti.

    ReplyDelete
  4. perrgghh terangkat abis.... balik kang nak try la...hohoho..

    ReplyDelete
  5. bulan2 puase ni kerabu memang laku...

    ReplyDelete
  6. sangat terliur...
    nak buatla....=)))))

    ReplyDelete
  7. sudah buat n taraa mmg sedap la....

    ReplyDelete
  8. lama dah x makan kerang..kat kuching kerang kemain mahal lagi -.-'

    ReplyDelete
  9. ya allah sedap nye!

    sya suke kerabu tpi tak reti2 nak buat...

    nak try la, doakan menjadi yea :)

    ReplyDelete
  10. to tokan,
    kerabu mmg sedap haa cuba la buat sendiri.

    to lyn color,
    wlkslm lyn buat la senang saja hehehe

    to liemaopurut,
    feberet akak mmg selalu buat hehehe , cuba la ya

    to mamaliza,
    mmg terangkat hihihihh, waaa mamaliza dah cuba ya n sedap yum2 boleh la buat lagi

    ReplyDelete
  11. to hijaudaun,
    betul tu sedapkan makan utk berbuka pembuka selera.

    to orchid ,
    cuba cuba jgn tak cuba mmg sedap

    to khaty tuah,
    ye ke khaty kerang mahal disana di sini masih ok ,mmg jarang la dpt makan kerang ya tapi kalau x campur kerang pn tak pe kerabu ni

    ReplyDelete
  12. to mamanoriz,
    sama la selera kita ya akak mmg suka sgt kerabu , ok cuba buat ya bahan2 boleh ubah suai kurang atau nk tambah ikut slera mamanoriz

    to ZieSalikan ,
    alhamdulillah mmg sedap

    ReplyDelete
  13. Sedap nyer. Tapi kalu dibuat, siapa yg nak menghabiskannya. Itu jd masalah.

    ReplyDelete
  14. saya pun penggemar kerabu kampung macam ni.. Suka ulam2 kampung.. Sampai pernah terfikir nak buka restoran yang menu specialnya ulam2 dan kerabu.. boleh??? ada sokongan? hehe

    ReplyDelete