BAHAN-BAHAN:
3 biji sayur yau mak choy
segenggam kacang buncis
1 peket cendawan tiram
5 ekor sotong-potong kecil-kecil
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla
Garam secukup rasa
Akak tumis sayur ni guna cara stir-fry iaitu api dapur besar , kuali cukup panas dan cara masak yang sangat cepat untuk kekalkan kesegaran sayur .
CARA MEMASAK :
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , bersihkan dan potong sayur yau mak choy dan potong kacang buncis serta siat-siat cendawan .
2. Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis semua bawang biar sampai layu . Masukkan sotong kacau sekejap bagi sotong masak kemudian terus masukkan sos tiram , minyak bijan , sos nampla dan kacau sampai dan masukkan semua sayur buncis kalau sayur nampak macam kering boleh dimasukkan sedikit air .
3.Terus kacau supaya semua bahan mesra dan sayur bunci layu sikit kemudian terus masukkan sayur yau mak choy dan cendawan . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan kacau semua sayur bagi cukup rata dan masak serta boleh ditutup api dapur .
Ni la rupa sayur yau mak choy rasa sayur ni manis crunchy..
oh tu nama dia ye.setakat ni belum pernah beli n makan,mcm sedap.akan ku cuba nanti
ReplyDeleteto mama janet,
ReplyDeletesayur ni sedap kalau masak tumis dgn sos tiram nak maska pun kena cepat2 kalau tak jadi layu sgt jadi tak sedap pulak hihi
saya selalu makn mentah2 jerr sayur ni mcm salad..
ReplyDelete