Pages

Thursday, 25 August 2011

AYAM KURZI

Ayam kurzi ni memang sesuai dimakan dengan nasi minyak serta acar mentah . Saya guna rempah ayam kurzi yang saya beli di pasar Payang , Kuala Terengganu dan disertakan sekali resepi so saya hanya ikut saja alhamdulillah memang sedap .


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - bersihkan dan potong 12
5 sudu besar rempah ayam kurzi
50grm kismis
3-4 sudu besar tomato puri
1 cawan susu sejat
10 biji badam - dikisar
10 biji buah gajus - dikisar
1 cawan bawang goreng
4 sudu besar minyak sapi
1 tin kecil kacang peas
Garam secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ayam dan digaul dengans edikit garam serta kunyit kemudian goreng ayam sehingga masak , angkat , tos dan ke tepikan dulu .


2. Panaskan minyak sapi dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurzi , kismis , sedikit air dan kacau semua bahan-bahan ni . Biar sampai rempah masak dan pecah minyak.

3. Masukkan susu cair , tomato puri , bawang goreng , kacang peas , badam n gajus kisar , serta garam secukup rasa . Masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan dan jika kuah agak pekat tambah sedikit air atau susu sejat . Biarkan kuah pekat dan mendidih serta boleh la ditutup api dapur .

3 comments:

  1. macam ayam kurma...rempah kuzi tu nk cari kt mana sbb x familiar....cam sedap....aiii dugaan....dugaan

    ReplyDelete
  2. to zehan,
    mmg mcm kurma ayam cuma rasanya lebih sedap hehe

    ReplyDelete
  3. ye ke...nk try gak....rempah kuzi tu nk beli kt mana?

    ReplyDelete