Pages

Tuesday, 9 August 2011

Pasta bolognese & bubur lambuk

Juadah berbuka puasa hari ke 8

Semalam akak masak la pasta dengan sos bolognese ni untuk kami makan masak berbuka . Anak sulung akak Aisyah memang request nak makan spaghetti dan sekarang ni akak banyak masak menu ikut pemintaan anak-anak yang berpuasa . Akak goreng nugget dan ada bubur lambuk yang hubby dapat dari masjid dekat office dia dan ada juga buah tembikai pemberian jiran . Syukur alhamdulillah dengan rezeki kami semalam hmmm hari ni akak nak masak nasi minyak atau nasi ayam la mesti hubby dan anak-anak akak suka ni...

pasta penne dengan sos bolognese daging .

Kuah bolognese mesti lah ada rasa masam dan manis yang seimbang . Kadang-kadang akak ubah suai kuah bolognese ni ikut citarasa kami sekeluarga , akak tambahkan 1/2 cawan cream atau 1-2 cawan susu penuh krim dalam kotak supaya kuah bolognese ni ada rasa lemak , manis dan masin . 

BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti / pasta
1 peket daging daging cincang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin tomato soup
3 sudu besar tomato puree
4 biji tomato saiz sederhana yg masak ranum - didadu
2 batang celery - diracik kecil

1 batang carrot - diracik kecil
1 tin cendawan butang – dihiris kecil-kecil
1-2 ketul kiub stok daging

3 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme - kering
1/2 sudu kecil herba oregano kering
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis 
3 sudu besar mentega untuk menumis
Keju parmesan

CARA MASAK PASTA :

1. Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :


1.Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.


2. Masukkan daging cincang . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging masak kemudian masukkan batang celery , carrot , cendawan butang yang dipotong kecil-kecil dan terus kacau sebentar.


3.Masukkan tomato sup , tomato puree , serbuk lada hitam dan buah tomato segar yang sudah dicincang , terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra.

5.Masukkan bay leaf , herba oregano , herba thyme serta kiub daging .

6.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan garam dan gula secukup rasa , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis .

7. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan .



Syukur alhamdulillah semalam hubby bawa bubur lambuk dari masjid sebelah office dia bekerja so ada la rezeki tambahan untuk kami sekeluarga , memang sedap bubur lambuk ni favorite anak-anak..

2 comments:

  1. sedapnye.... puasa..puasa... hehe

    Jom join ketawariang's Giveaway! : Saya nak hadiah dari ketawariang!

    ReplyDelete
  2. besnye.boleh la amek resepi kt cni.thanks! :)

    ReplyDelete