Pages

Sunday, 14 August 2011

Biskut cornflakes

Semalam seharian saya buat 3 jenis biskut dan salah satunya biskut cornflakes yang agak mudah nak diadun  bahan-bahan dan sangat sedap serta ranggup , resepi ni saya dapat dari blog kak Yatie - Sinar Kehidupanku  dan terima kasih pada kak Yatie yang sudi kongsi resepi ni..

Biskut cornflakes yang sangat mudah nak dibancuh adunannya..

Biskut Cornflakes ranggup
source : blog Sinar kehidupan


BAHAN-BAHAN :

250 gm butter ( 1 buku )
3/4 cawan gula
1 biji telur kuning
2 cawan tepung naik sendiri
250gm cornflakes - diramas
1 sudu kecil esen vanilla
Papercup untuk letak biskut

Cara-cara :

- Pukul butter dan gula sampai kembang kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul bagi sebati semua bahan-bahan .

- Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes , terus kacau bagi sebati dengan senduk saja . Kemudian sudukan adunan dan masukkan dalam papercup . Panaskan oven dan boleh la dibakar biskut dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sampai biskut masak.

Anak sulung saya Nur Aisyah yang tolong masukkan adunan dalam papercup , TQ sayang..

6 comments:

  1. wah macm mudah jer..nak try la,,thanks kak for shaing d recipe yer

    ReplyDelete
  2. to wiyah ,
    ok la mudah juga nk bancuh adunan n sedap biskut ni , ok sama2 cuba la

    ReplyDelete
  3. mudah rupanya..sayangnya kayrul baru terima biskut yang diorder...kalau tak boleh try buat..

    ReplyDelete
  4. to kayrul,
    mudah nak buat biskut ni tak pa la kalau dh order lain kali blh buat sendiri kan

    ReplyDelete
  5. mmg sdp biskut ni..biskut wajib kt rmh sy time raya..kdng tu xraya pn bt gk..hihi

    ReplyDelete