Pages

Friday, 19 August 2011

Coretan pagi ni dan menu semalam

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat 

Hari ni dah pun Ramadhan ke 19 ya kejap betul masa bergerak meninggalkan kita . Bila bulan Ramadhan ni jadual harian saya pun berubah , dari pagi sebelum subuh saya bangun siapkan juadah untuk bersahur yang cukup sederhana dan kemudian uruskan anak-anak ke sekolah untuk hari itu bila balik dari hantar anak-anak ke sekolah bermula la aktiviti harian saya di rumah bila dah selesai kerja rumah mula la jahit sulaman smocking dan dress , sejak bulan Mei lagi saya dah mula jahit smocking dress untuk Aidilfitri dan kebanyakkan tempahan adalah dari regular customer . Smocking dress ni tak macam dress biasa sebab sulaman smocking perlu dijahit dengan teliti so memang ambil masa tapi disebabkan minat yang mendalam saya memang leka menjahit selain saya puas hati tengok dress smocking yang saya jahit cantik dipakai oleh customer kecil yang comel belaka . Sekarang ni saya tinggal nak siapkan sehelai lagi dress smocking insyallah hari Ahad ni atau Isnin depan siap la so minggu depan sempat la saya siapkan beberapa biskut raya untuk dibawa balik beraya nanti .

Sulaman smocking ni masih dalam peringkat awal insyallah besok siap sepenuhnya dan boleh la saya jahit dan cantum dengan bahagian dress yang lain . Dulu saya jahit sulam smocking ni untuk dress anak-anak sendiri tapi sekarang ni saya mengambil tempahan menjahit dress smocking sebagai pendapat sampingan , syukur alhamdulillah..

MENU SEMALAM - RAMADHAN 18 

Dah 2 hari saya tak dapat masukkan n3 tak tau la kenapa semalam cuba nak masuk gambar tapi tak boleh so pagi ni saya try lagi alhamdulillah ok dah blog saya ni . Sayur masak lemak buncis campur udang dan cendawan black jelly ni saya masak untuk berbuka semalam . Cara nak masak senang je sama macam masak lemak biasa tu cuba saya tambahkan cendawan black jelly yang saya beli di hypermarket ni sedap juga cendawan ni lain kali boleh beli lagi buat masak sayur tumis oyster sos ke hmm sedap laa..



BAHAN-BAHAN :
200grm kacang buncis - dibersihkan dan potong menyerong
sedikit cendawan
100grm udang segar
2 cawan santan pekat
1 batang serai - ditik
1 keping asam keping saiz kecil - jika perlu
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji cili api
2 cm kunyit hidup


CARA MEMASAK :
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping , serai ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang buncis , cendawan , garam dan udang . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kacang buncis masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

2 comments:

  1. Alalala...

    Sedapnya... Tak bleh tingok lama2.. Kena visit lepas bukak puasa.. Huhuhu.. (TIba2 rasa lapar.. )

    ReplyDelete
  2. to rinsyaryc,
    ye ke ha lain kali dtg sini lepas berbuka ya kalau tak lapor kan hihihi

    ReplyDelete