Pages

Monday, 15 August 2011

KERABU DAUN SELOM

Bila bulan puasa ni saya nak makan kerabu saja la so semalam untuk berbuka saya buat kerabu daun selom ni hmmm cukup sedap laa . Bahan-bahan untuk kerabu ni pun mudah nak disediakan dan tak sampai 15 minit siap la kerabu ni . Saya buat kerabu ni 30 minit sebelum berbuka untuk make sure kerabu ni maintain fresh masa nak makan nanti . Saya memang tak ikut resepi khusus untuk nak buat kerabu semuanya ikut pada gerak hati dan selera sendiri je so pada sesiapa yang nak cuba buat kerabu ni boleh la ubah suai bahan untuk ikut selera anda sendiri ya .

Syukur alhamdulillah sedap la kerabu ni , saya bagi anak-anak  cuba makan hidangan baru macam kerabu yang sangat baik untuk kesihatan ni dan alhamdulillah anak-anak saya suka so hari ni boleh la Mama buat kerabu lain pula ya sebab dah ada gang makan kerabu di rumah hehe


BAHAN-BAHAN :

1 ikat ulam selom
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1 biji limau nipis - ambil jus saja
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya


BAHAN DITUMBUK LUMAT :


1/2 inci belacan - yg dibakar
1 tangkai lada merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap


** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.


CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan daun selom dan bawang kemudian potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Kemudian masukkan taugeh dan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi . Gaul semua bahan sehingga cukup mesra dan masukkan kelapa parut , garam secukup rasa . Gaul lagi dan jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.


Semua bahan fresh dan saya suka guna banyak bawang merah bila buat kerabu tapi cili saya tak guna banyak sebab anak-anak tak tahan pedas . Gambar kat bawah ni la rupa ulam daun selom .

gambar ulam daun selom dari google

9 comments:

  1. Pada kakaklah kerabu memang membuka selera selain sambal belacan....

    ReplyDelete
  2. to kakzakie,
    betul tu kak , mmg kerabu pembuka selera bila nak makan nasi kan kalau ada ikan bakar lagi la sedap

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak kerabu tue...terbuka selera kalau tengah sakit makan macam nie

    ReplyDelete
  4. daun selom tu sekali tgk macam ulam raja je kan...mcm SL suka makan buat ulam atau cicah dgn budu...nyamnyam.

    ReplyDelete
  5. emm sedapnya nannie ......... membuka selera .........

    ReplyDelete
  6. to kayrul-shah,
    mmg sedap kerabu adik sakit ke akak doakan cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  7. to idan,
    ye la macam daun ulam raja kan rasa pun lebih kurang sama ishh mmg sedap cicah sambal or budu

    ReplyDelete
  8. to rose,
    mmmmm mmg sedap kerabu ni rose berselera je bila makan hihih

    ReplyDelete
  9. wahh...boleh buat ni...senang jer kan..

    best nye...masa kat kg mak kite selalu buat...rindu la pulakss...huhuhu..kite join ye

    ReplyDelete