Juadah berbuka Ramadhan ke 13
Semalam untuk berbuka puasa saya masak shepherd pie
Sherpherd pie yang dimakan dengan sup cendawan cukup sedap syukur alhamdulillah
BAHAN-BAHAN :
1 peket daging cincang
2 biji bawang besar potong dadu
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu full cream - dalam kotak
Garam secukupnya
4 sudu besar butter
1 sudu besar minyak
Serbuk lada hitam secukupnya
Mix vegetables secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup - diracik halus
1 sudu besar minyak
Serbuk lada hitam secukupnya
Mix vegetables secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun sup - diracik halus
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu . Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata . Masukkan susu full cream dan kacau semua bahan-bahan kemudian masukkan semua mix vegetable dan black pepper secukupnya . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam dan daun sup/bawang kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.
MASHED POTATO
10 biji ubi kentang - rebus hingga empuk
6 sudu besar butter
200ml susu segar - blh ditambah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
6 sudu besar butter
200ml susu segar - blh ditambah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni .
PENYEDIAAN SHEPHERD PIE
Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas dan masukkan bahan inti daging dan ratakan.
Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan . Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging .
Buat corak garisan diatas mash potato dengan menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya . Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.
Sherperd pie dibakar sehingga pemukaan menjadi golden brown kalau nak lagi sedap sebelum dibakar boleh lah ditaburkan butter serta keju cheedar/monzarella di atas pemukaan mash potatoes ni .
Lapisan pertama ialah ayam cincang yang dimasak bersama mix veggie
Lapisan kedua ialah mash potatoes
salam puan nannie...nampak sedap la pie nie. kena cuba nie.
ReplyDelete