Pages

Wednesday, 10 August 2011

Nasi ayam - Ramadhan ke 9

Hari ni akak rajin nak masukkan banyak gambar nasi ayam yang akak masak untuk berbuka semalam . Akak jarang masak nasi ayam sebab tu bila masak akak ambil banyak keping gambar sebab nak masukkan dalam blog so lepas ni boleh la buat rujukan sendiri bila nak masak lagi kan..

Nasi ayam


Proses paling penting bila masak nasi ayam adalah nak dapatkan dulu stok rebusan ayam untuk masak nasi , sup dan kuah kicap . So mula-mula sekali ayam yang sudah dibersihkan perlu la dimasak rebus . Akak hanya bagi air rebusan ayam ni mendidih sekejap saja dalam 4-5 minit sebab tak mau daging ayam jadi over cooked dan mengecut . Bila kuah rebusan mula mendidih akak terus tutup api dapur dan ambil ayam dan tos sekejap sebelum diperap.

BAHAN UNTUK AIR REBUSAN AYAM :
1 ekor ayam anggaran 1.5 kg - di potong 8 atau 12
2 liter air
3 ulas bawang putih
4 cm halia
* Tumbuk bawang dan halia
CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi dan rebus bersama air sehingga ayam masak.
* Ayam yang direbus ini kemudian di perap bersama bahan perap.




BAHAN-BAHAN NASI :
4 cawan beras
1 cm halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar butter untuk menumis
Air rebusan - secukupnya
2 helai daun pandan - disimpul
1/4 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang putih dan halia kemudian basuh beras dan tos . Panaskan butter dan tumis semua bahan tumbuk tadi kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu . Masukkan semua air rebusan , beras tadi dan daun pandan kemudian kacau dan masukkan garam . Biarkan nasi masak .


BAHAN-BAHAN PERAP AYAM GORENG :
1 ekor ayam-ayam yang direbus sekejap tadi
5 sudu kicap pekat - boleh tambah
5 sudu sos tiram - boleh tambah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 sudu kecil minyak bijan


Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap
CARA PERAP:
1) Campurkan semua bahan sos perap, bawang putih , halia dan ayam .Lumur ayam biar rata supaya semua bahan perap mesra dengan ayam. Biarkan selama 1 jam.
2) Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat ayam dan tos.



SUP
BAHAN-BAHAN :
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Baki semua air rebusan dan sedikit isi ayam tadi.
Sedikit daun sup/bawang yang dihiris halus.
* boleh ditambah ubi kentang
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan semua air rebusan dan ayam tadi serta sup bunjut serta masukkan garam kemudian kacau dan biarkan sup sampai mendidih.



SOS KICAP
BAHAN-BAHAN :
200 ml air rebusan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil seasoning
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit gula
*Kacau semua bahan dan masak sekejap biar sampai kuah kicap mendidih . Boleh ditabur sedikit daun bawang/sup . Jika kurang masin boleh ditambah garam .



KUAH CILI
BAHAN-BAHAN :
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka atau jus limau nipis - ikut citarasa sendiri
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Gula secukup rasa - suka manis tambah lagi
*Kisar semua bahan ini sehingga lumat .


Salad , timun dan buah tomato

2 comments:

  1. salam kak
    sama pulak menu berbuka kita semalam nasi ayam hihi

    ReplyDelete
  2. to jiejah,
    wlksalm , tq singgah sini oo ye ke kebetulan ya hihih

    ReplyDelete