Sabtu lepas kami sekeluarga ke jalan TAR sebab akak baru nak cari kain ela untuk dijahit baju kurung sendiri , anak-anak dan kain untuk baju melayu hero kecil akak si manja Adam . Masa dengar radio dalam kereta akak dapat tau jalan nak masuk ke jalan TAR jam teruk sebab ramai betul orang nak ke sana kiranya nak shopping awal-awal la sebelum masuk bulan puasa . Bila dah masuk nak sampai ke Bandaraya KL jalan memang jam teruk sangat dan kereta bergerak slow betul so suami akak parking kereta kat area flat pekeliling dan kami naik monorel . Anak-anak akak seronok la sebab first time dapat naik monorel dan kami pun sampai la ke jalan TAR yang masa tu dah penuh dengan warga rakyat jelata yang seronok benor soppingnye termasuk la kami sekeluarga .
Bila akak dah dapat kain ela serta beli apa yang patut kami balik dan pergi ke shopping centre lain untuk cari kasut raya anak-anak pula . Kami sempat juga jalan-jalan ke pasar malam di jalan TAR ni dan tarikan utama mesti la gerai yang jual macam-macam jenis makanan yang sedap . Akak memang rasa macam nak beli semuanya ada kuih-muih , nasi dagang/kerabu/laksam , mee rebus , laksa kiranya semua jenis makanan la ada . Ok jom la tengok gambar-gambar anak-anak akak masa kami jalan-jalan ke jalan TAR Sabtu lepas..
Anak-anak seronok dapat naik monorel Mama pun seronok juga maklum la first time naik hihihi
Punya la ramai manusia ke jalan TAR shopping raya jalan jem
Pasar malam yang jadi tarikan utama setiap hari Sabtu di jalan TAR ni
Mak sibuk cari kain anak-anak pula seronok menari ikut lagu hindustan dalam Kamdar hihihi memang anak-anak akak yang dua orang ni sentiasa happy ada saja aktiviti yang nak dibuat . Adam akan ikut apa saja yang Adlina buat hihihi...
Best sangat lagu hindustan...
Kami shopping dari pukul 10 pagi sampai pukul 2 petang..
Sempat juga akak beli kuih-muih yang sedap ni..
Buah-buahan yang cukup menarik perhatian tapi akak tak sempat beli sebab En.Husband nak cepat ke Kamdar so tak leh nak berhenti lama-lama kat satu-satu gerai kat pasar malam .
Time to go home , happy yaa sayang..
hi kak salam perkenalan....actually sy nk ikuti lama blog masakan akak ni...patutla lama sy x pdt tgk akak update rupanya akk dh ade blog baru ya...happy berkenalan dgn akak...dgn masakan yg best2..dan blog yg menarik...
ReplyDeleteto cikgu anie,
ReplyDeleteterima kasih la sebab cikgu anie memang follow blog akak dari dulu . Tu la blog lama tu akak dah x boleh nak guna nk buat mcm mana jodoh kami setakat itu saja so akak teruskan di blog baru ni pula , selamat berkenalan dri akak juga . singgah la sini lagi ya , tq again