Pages

Wednesday, 17 August 2011

Kerabu pucuk paku n taugeh

Semalam saya buat kerabu lagi laa dan kali ni saya buat kerabu pucuk paku campur dengan taugeh . Bahan-bahan rencah masih sama dan cara nak buat pun lebih kurang sama cuma kali ni taugeh dan pucuk paku dicelur sekejap . Saya ni bila masak kadang-kadang memang ikut pada gerak hati dan dari citarasa sendiri sebab tu bahan-bahan boleh ditambah atau di kurang kan mengikut jumlah bahan yang digunakan tapi bila masak kek atau biskut saya memang ikut betul-betul resepi . So pada yang cuba resepi lauk-pauk dalam blog saya ni memang boleh ubah suai resepi ikut pada citarasa masing-masing . 




BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh

1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh n celur kejap dalam 20 saat saja .


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

2 comments:

  1. tak buat2 lagi...resepi ni dah bape kali nengok hehe

    ReplyDelete
  2. Assalam.... kak Ct minta izin nak COPY letak kat Fesbuk yer...

    ReplyDelete