Pages

Thursday 11 July 2013

Kari ayam...kegemaran anak-anak..

Kari ayam ni antara lauk favorite anak-anak saya especially anak kedua saya Nur Adlina . Selalunya  Adlina suka nasinya banjir dengan kuah kari ayam dan ubi kentang akan ditekan pecah bagi hancur  . Bila nak makan Adlina akan gaul nasi sikit demi sikit dengan ubi kentang , dan isi ayam serta mesti ada kicap . Lauk kari ayam ni simple saja tapi cukup istimewa untuk anak-anak saya ^_^

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong
6 biji ubi kentang - potong 4
5 cawan santan - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Boleh guna 2 sudu besar cili kisar jika mau kari ada rasa pedas 

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan dipotong 8 atau 12 bahagian , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat atau dimayang kecil .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Masukkan juga cili kisar dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan ubi kentang , biarkan kuah mendidih serta ubi kentang hampir empuk . Masukkan semua ayam dan perlahan-lahan kacau kari ni serta boleh la dimasukkan garam secukup rasa .  Biar kari terus mendidih dan bila kari ayam dah masak boleh la ditutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

5 comments:

  1. Salam

    Memang sedap makan style nur adlina tu kak..saya pun suka..lagi2 kalau kentang tu betul2 lembut..sedap

    Salam kenal kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm dan slmt kenal Intan ,
      tu la kan mmg sedap cara adlina makan :)

      Delete
  2. wahh..sedap tu kari ayam! anak2 saya pun suka kari ayam ni,anak2 ni sebenarnya kalau mak depa yang masak, apapun sodap kan...hehe,,salam kenal dan selamat sambut ramadan ye..:)-

    ReplyDelete
  3. salam kenal dari saya juga . memang pun kalau mak masak insyallah anak-anak pasti akan suka , macam kita la juga apa yg mak masak mesti sedap :)

    ReplyDelete
  4. Sy akan masak lauk nie hari nie tuk anak2 sy. Mekasih share resepi.

    ReplyDelete