Pages

Wednesday, 10 July 2013

Bubur lambuk ayam

Dah pun petang 1 Ramadhan...cepat betul la masa bergerak kan . Hari ni untuk berbuka puasa saya masak bubur lambuk ayam yang cukup berlemak dan insyallah sedap . Saya lebih suka buka puasa dengan menu yang ringkas dan ringan macam bubur lambuk ni...Selamat berbuka puasa buat semua pengunjung blog Resepi Nannie Kuzaifah...

BAHAN-BAHAN :

1 pot beras

12 pot air - secukupnya
1 cawan santan pekat
2 dada ayam - boleh tambah
1 kiub perisa ayam 
2 cm halia - dipotong 
minyak masak utk menumis
daun sup/bawang
bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN REMPAH :

1 inci kayu manis
1 bunga lawang
3 biji bunga cengkih

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Basuh dan bersihkan beras kemudian di tos . Bersihkan dada ayam dan di potong kecil . Boleh juga ditambah bahagian lain seperti peha ayam . Racik separuh dari daun sup/bawang untuk dimasukkan dalam bubur lambuk , separuh lagi daun sup/bawang di simpan untuk ditabur atas bubur lambuk .

-Panaskan minyak secukupnya utk menumis atau boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak sapi , tumis semua bahan tumbuk lumat dengan bahan-bahan rempah , halia dan kacau sekejap sampai wangi kemudian terus dimasukkan air , kiub pati ayam serta beras ke dalam periuk . Sekali-sekala kacau dan bila nasi sudah mendidih boleh la dimasukkan semua santan . Terus kacau supaya bahagian bubur tidak melekat pada dasar periuk . Biar sampai nasi masak kemudian masukkan garam secukup rasa . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

- Ceduk bubur lambuk ke dalam mangkuk yang sesuai dan ditabur dengan bawang goreng serta daun sup/bawang .

Bubur lambuk tengah mendidih .

7 comments:

  1. Kak, sama la resepi berbuka kita hari ni, Yani masakkan untuk mak yg ada kat wad hari ni. tapi bubur nasi ayam kisar biasa (bersantan) je la...suka tengok mak selera makan tadi...(mak tak boleh berpuasa sebab masih tak sihat, doktor tak galakkan berpuasa)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...sedap nampak bubur tu

    ReplyDelete
  3. sedapnya....anak2 suka bubur lambur, boleh la saya cuba buat plak..selalunya beli je sbb tak tau masak..hehehe

    ReplyDelete
  4. mmm...sedapnyeeee...nak amik resepi kak nannie...:) Naimah Shahari

    ReplyDelete
  5. Hi i loved your blog! i will come soon for more recipes!!!
    please just check mine also! i think you will love

    visit here

    ReplyDelete