Assalamualaikum dan selamat menyambut 1 Ramadhan..
Hari ni saya tak pasti nak masak apa lagi tapi yang pastinya saya akan masak juadah yang biasa saja tidak ada yang special . Ayam masak masam manis ni juadah malam tadi dan hari ni baru dapat saya share di sini . Selamat berpuasa buat semua Muslimah dan Muslimin ^_^
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam - dipotong 8 atau 12 bahagian
1 tin besar kiub buah nenas - ambil air jus nenas ni
1 biji bawang merah - potong membulat
1 batang serai saiz besar - dititik
Sos tiram secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Cili sos dan tomato sos secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN DIKISAR:
4 biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih
3 cm halia
* boleh tambah cili kapsicum , daun bawang & daun sup
CARA MEMASAK :
BAHAN-BAHAN DIKISAR:
4 biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih
3 cm halia
* boleh tambah cili kapsicum , daun bawang & daun sup
CARA MEMASAK :
-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar . Boleh kurang atau tambah cili kering .
-Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk deep frying dan goreng ayam sehingga masak .
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar serta serai . Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato , hirisan bawang besar dan air jus nenas secukupnya serta kacau lagi . Masukkan sikit demi sedikit air jus nenas supaya kuah tidak menjadi terlalu cair . Masukkan gula dan garam secukup rasa kacau .
-Kemudian masukkan ayam goreng dan kiub buah nenas ke dalam kuah sambal dan gaul rata sampai mesra . Boleh di rasa kuah jika ada bahan terkurang boleh ditambah ikut pada selera sendiri . Terus kacau untuk 10 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.
Salam nannie..leh try utk juadah berbuka/bersahur nnati..nampak sedap!.
ReplyDeleteSlmt berpuasa Nannie...
wlksalm , sila la cuba dan resepi ni blh diubah suai ikut kesesuaian selera azatie
Deletethanks kak..boleh masuk dalam menu untuk berbuka nie..
ReplyDeletesama-sama , sila la Salmi :)
Delete