1 ekor ikan siakap - dibersihkan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
15 biji cili api
15 biji cili api
2 biji cili merah
3 cm halia
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukup rasa
Kicap manis secukup rasa
Sedikit air - jika perlu
Sedikit daun sup dan bawang
Sedikit daun sup dan bawang
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Bawang merah , bawang putih , halia dan ditumbuk lumat . Cili merah boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja . Panaskan minyak secukupnya dalam 5 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk . Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar . Masukkan bawang besar yang dipotong nipis-nipis , daun bawang/sup yang dipotong kecil dan sos tiram secukupnya . Masukkan kicap manis dan kacau semua bahan-bahan .
Jika kuah terlalu pekat boleh dimasukkan sedikit air dan kalau mahu kuah ada rasa masam masukkan sedikit air asam jawa . Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula.
Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama dan bila ikan dah bergaul mesra dengan kuah boleh la ditutup api dapur dan hidangkan ikan ni dalam pinggan , taburkan daun sup/bawang dan sedikit bawang goreng .
Cantik gambar ikan tu, Nannie. Ia tambah menampakkan kesedapan masakan tu
ReplyDeleteTQ ,saya guna camera digital biasa saja ok la kan
ReplyDeleteSEDAPNYA.. SY KLU BAB MAKAN MEMAKAN MMG NO 1..:)
ReplyDelete