Sekejap saja masa bergerak meninggalkan kita dan hari ni dah pun masuk 27 Ramadan . Rasa macam baru semalam saja start berpuasa hari pertama . Ramadan kali ni saya tak begitu teruja nak cuba masak resepi baru dan boleh di kata kan setiap hari menu yang saya masak simple saja mengikut citarasa kami anak-beranak . Kuih-muih pun saya jarang buat selalunya kami akan berbuka puasa dengan makan kurma dan terus makan nasi so memang kenyang sampai la waktu sahur cuma puasa kali ni saya suka buat amcam-amcam jenis air macam air cincau , air teh ais , air markisa campur laici , air nenas dan pelbagai air manis lain . Sekalis ekala saja saya masak kuih dan selalunya lepas terawikh baru kami makan kuih-muih tu . Ramadan kali ni kami lalui dengan cukup sederhana dari segi makanan apa pun syukur alhamdulillah atas semua rezeki yang kami sekeluarga nikmati .
Semalam untuk berbuka puasa saya masak tumis sayur buncis bersama fish ball , telur dadar dan masak lemak cili api campur kentang dan untuk dessertnya saya masak bubur gunting campur pisang yang diberi oleh jiran . alhamdulillah..
Ni la bubur gunting campur pisang , dah lama saya tak buat bubur gunting...
No comments:
Post a Comment