Pages

Wednesday, 29 August 2012

Masakan bondaku

Juadah masa raya memang sedap semuanya , start pagi raya kita dah makan ketupat atau lemang dengan ayam rendang/kuah kacang dan macam-macam makanan lain . Lepas sembahyang raya kita pun beraya dulu dengan famili dan kita mungkin makan lagi . Kita mula la pegi beraya ke rumah saudara-mara serta makan macam-macam lagi makanan yang special yang hanya dimasak pada hari raya . Tapi lepas 3 - 4 hari raya saya dah teringat pada nasi dan lauk-pauk biasa rupa-rupanya mak saya pun sama teringat nak makan nasi . So untuk makan malam Syawal ke 5 , mak dan saya sama-sama masak lauk-pauk simple ni untuk dimakan dengan nasi . Mak masak sayur kobis lemak putih dan tumbuk sambal sementara saya pula tolong goreng ayam , goreng ikan masin dan ikan kembung , rendang tok tu kawan saya yang bagi . Syukur alhamdulillah sedapnya kami makan nasi....

Ni la rezeki kami malam tu sedapnyaaa..


Ikan baung atau ikan duri masin yang digoreng dengan cili api dan bawang , sedapnyaa makan nasi bila ada ikan masin .


Mak saya masak sayur kobis kuah santan yang dicampur suun dan fucuk . Sayur yang dimasak macam ni memang la favorite kami anak-beranak . Sedapnya makan nasi ada kuah lemak digandingkan dengan sambal belacan , cukup lengkap semua rasa.


Ni untuk anak-anak saya , ayam goreng ranggup . Mak saya gaulkan ayam ni dengan garam serta kunyit kemudian dicampur sedikit tepung maruku dan diperap selama sejam .  Waaaa memang sedap laaa ayam digoreng macam ni TQ mak untuk resepi ni....

Makan nasi mesti ada sambal belacan yang dimakan dengan ulam/salad . Sekali-sekala dapat rasa masakan air tangan mak memang best...insyallah cuti sekolah kita balik kampung lagi.....

3 comments:

  1. resepiresepi simple macam nie maunya makan nasi bertambah2 nie

    ReplyDelete