Pages

Wednesday, 8 August 2012

MASAK LEMAK CILI API KERANG n BUNCIS

Alhamdulillah memang sedap sayur buncis bersama bunga kobis dan kerang yang di masak lemak cili api ni . Saya belajar masak menu ni dengan mak mertua , selalunya mak mertua saya hanya guna sayur buncis tapi saya yang tambah sayur bunga kobis saja nak pelbagai kan jenis sayur dalam lauk ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

15 kacang buncis
bunga kobis secukupnya
1 cawan isi kerang
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
1 inci kunyit hidup

* Kalau kuah terlalu pekat masuk la sedikit air ke dalam kuah . Jika kuah sedikit boleh ditambah lagi santan .

CARA MEMASAK :

Bersihkan kacang buncis dan dipotong menyerong kemudian bersihkan bunga kobis dan dipotong kecil-kecil , ketepikan semua sayur dulu . 

Masukkan santan dengan bahan tumbuk dan asam keping . Biarkan kuah mendidih dan masukkan isi kerang dahulu dengan bunga kobis , biar sekejap sampai kuah hampir mendidih baru la dimasukkan semua kacang buncis , sekali-sekala kacau sayur supaya kuah santan tak pecah minyak . Masukkan garam secukup rasa dan masak sampai kacang serta bunga kobis   masak dan boleh la ditutup api dapur 

3 comments:

  1. kak nannie guna kerang segar ke?kalau guna kerang tin tu bleh tak?

    ReplyDelete
  2. kak nannie guna kerang segar baru sedap

    ReplyDelete
  3. Alamak .. .nmpk sedap sgt ni kak

    ReplyDelete