Pages

Tuesday, 31 July 2012

BUBUR JAGUNG n SAGO

Sedappp...
BAHAN-BAHAN :

2 batang jagung manis
1/2 cawan sago
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya 
Santan kelapa secukupnya 
1/4 sudu kecil garam - secukupnya
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji sago . Masak sampai sago kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk .

Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung . Masukkan santan secukupnya , biji jagung , gula melaka  , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai . Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih , kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni . Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .

Potong sago tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada kita nak masukkan berapa banyak ketulan sago ni ke dalam bubur . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi . Biarkan bubur masak serta ketulan sago mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

6 comments:

  1. seronoknye jalan2 kat sini...byk resepi best2..especially sup petola tu..nmpak lazat nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dtg sini ya , sup petola tu mmg sedap cuba la masak

      Delete
  2. Nampak dah tahu sedap bubur ni.

    ReplyDelete
  3. Uwa...terseksa mata tengok.kan dah terliur..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ala kesiannya cuba la masak

      Delete