Pages

Saturday, 25 August 2012

RENDANG AYAM

Tak lengkap hidangan di hari raya kalau tak ada rendang ayam kan . Rendang ayam ni sedap dimakan dengan nasi , lemang , ketupat daun palas , nasi himpit/lontong dan dengan roti pun sedap dimakan . Ikut selera kita la kan nak makan rendang ni dengan apa saja dan kadang-kadang tu rata saja pun sedap hehehe . Ada macam-macam resepi rendang ni dan selalunya saya masak rendang minang , rendang tok atau rendang  pedas biasa macam dalam entry hari ni . Bila masak rendang saya tak masak pedas supaya anak-anak pun boleh makan . Resepinya agak mudah nak di ikut dan bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri .

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam 
2 cawan santan pekat - boleh ditambah
5 keping daun limau purut
1 helai daun kunyit saiz besar
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

8 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai di racik nipis
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MASAK :


1) Potong ayam menjadi ketulan kecil dan bersihkan ayam dengan tepung gandum untuk buang semua kotoran serta lendir ayam kemudian ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali bersama semua santan dan masak sehingga mendidih . Kacau kuah rendang ni dan masukkan semua ayam tadi dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik bersama daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau . Boleh juga dimasukkan sekeping sedikit asam keping supaya rendang ni ada rasa yang seimbang . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

4 comments:

  1. salam aidilfitri & maaf zahir batin wat nannie sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  2. sedap nyer kalau dapat dimakan dengan lemang.

    ReplyDelete
  3. salam..kak saya dah try resepi nie..memg menjadik la~ sedap plak tu...baru first time try masak rendang nie..kih3 terima kasih tau!

    ReplyDelete
  4. waawww.. mantap pasti lezat,, terima kasih atas resep nya.. mau coba buat di rumah... salam sukses

    ReplyDelete