Pages

Thursday, 9 August 2012

Ramadhan 19 - Pasta bakar

Alhamdulillah sedap pasta bakar yang dimakan dengan sosej dan wedges ni . Dah lama saya tak masak menu ni so semalam untuk berbuka saya masak menu favorite anak-anak saya ni .


BAHAN-BAHAN :
1/2 peket pasta spiral
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 tin sos Prego spageti berkrim keju & herba
3 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Keju chedder dan monzarella secukupnya

CARA MEMBUAT :

1 )Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan semua sos Prego serta 1/2 tin air serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata .

2) Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul dengan sos . Masukkan garam dan gaul semua bahan sehingga sebati . Tuang semua pasta tadi ke dalam bekas/mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak .

Pasta yang sudah ditabur dengan keju dan sedia untuk dibakar dalam oven . Keju chedder akan memberikan bau wangi atau aroma yang cukup enak sementara keju monzarella akan menjadikan liat dan bertali-tali bila dah dibakar dari segi rasa sama saja . Keju parmesan pula akan bagi rasa yang lebih masin sebab tu kalau pasta bersos kurang masin selalunya kita akan tabur keju parmesan....

4 comments:

  1. Sedap nya..Terasa teringin pula..nak buat lah,,terima kasih for the resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap , sama-sama kak ann

      Delete