Alhamdulillah sedap..
BAHAN-BAHAN :
1 peket bihun - rendam sehingga bihun menjadi lembut
300gm udang , dibersihkan
200gm daging
15 biji bebola ayam - boleh tukar dengan bahan lain
200 grm taugeh
1 ikat kucai - dibersih dan potong
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu cili kisar
2 sudu cili kisar
6 sudu besar pes tomyam - boleh tambah
2 sudu sos tiram - boleh tambah
gula dan garam secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan tumbuk sehingga lumat . Bersihkan udang kemudian potong daging menjadi kecil-kecil . Potong bebola ayam dan bersihkan togeh , kucai dipotong ikut pada citarasa .
Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang dan masukkan cili kisar . Biar kan bahan-bahan masak sehingga sambal terbit minyak menjadi wangi kemudian masukkan pes tomyam dan semua daging serta air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga daging menjadi empuk masak dan air rebusan daging menjadi sedikit kemudian masukkan chicken ball serta terus kacau . Masukkan semua udang dan kacau sampai udang masak .
Masukkan semua sos tiram dan masukkan semua bihun serta kacau semua bahan sehingga cukup rata . Jika bihun kelihatan agak kering masukkan sedikit air dan terus kacau semua bahan dan masukkan semua taugeh serta kucai . Kacau semua bahan dan masukkan garam serta gula secukup rasa . Kacau sehingga semua bahan sekata . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing . Boleh la ditutup api dapur bila bihun dah masak .
ya ampun kak.. sedapnya jugakk.. berliur suda kitaorg yg duk kat opis ne tenot resepi kakak nannie..
ReplyDeletealhamdulillah sedapp :)
ReplyDelete