Pages

Wednesday, 11 January 2012

TORTILLA WRAP

Tortilla wrap ni adalah menu yang kami makan masa lunch tadi , senang makan menu macam ni gulung-gulung saja dah siap , sedap pula tu anak-anak saya memang suka makan juadah yang macam ni dan saya pun suka sebab kerja masak saya hari ni simple saja hihi . Selera anak-anak saya ni berubah-berubah kadang-kadang nak makan nasi saja dan ada masa nak makan menu jenis macam ni . Makan macam ni pun bagus sebab bahan-bahan yang diguna fresh macam salad dan inti ayam fajitas yang saya masak guna dada ayam tiada lemak . Kenyang makan tortilla ni sama je macam kenyang makan nasi...

Cari punya cari saya jumpa satu website ni yang ada macam-macam resepi masakan Mexico memang best la kalau ada yang nak resepi ayam fajitas boleh singgah di SINI , ada macam-macam cara nak masak dan sediakan tortilla wrap ayam ni dan saya pilih nak letak ayam fajitas .

Sepatutnya tortilla wrap ni dihidang bersama Sour Cream/cream masam , Guacamole buah avacado dan Salsa buah tomato , saya sediakan burrito saya masam ni simple saja dan saya tambah sos thousand island dengan mayonis ikut selera kami anak-beranak .

BAHAN-BAHAN :

1 peket tortilla wrap
Ayam fajitas secukupnya
1 biji avacado
Buah tomato secukupnya
Sos thousand Island secukupnya
Mayonis secukupnya
Parutan keju cheedar dan monzarella secukupnya - saya guna kepingan keju biasa

CARA MEMASAK :

Kupas buah avacado dan di potong nipis , bersihkan daun salad dan ketepikan dulu . Potong nipis-nipis buah tomato ketepikan .

Panaskan kepingan roti tortilla dan disapu dengan mayonis secukupnya pada bahagian tengah roti tortilla ni kemudian letakkan keju dan ayam fajitas dan letak buah avacado serta keju lagi . Letak sos thousand island secukupnya .


Lipat dengan kemas kedua belah bahagian roti tortilla ni dan lipat bahagian atas dahulu dengan kemas dan juga lipat bahagian bawah roti tortilla ni dengan kemas .


Bila dah kemas lipatan tortilla boleh la diletak burrito ni di dalam frying pan , guna api dapur yang kecil biar panggang kedua-dua belah pemukaan burrito ni sekejap sehingga keju didalam cair sedikit . Kemudian boleh la diangkat burrito ni dan dihidangankan..


Ni la bahan-bahan yang  saya sediakan untuk Burrito ada ayam fajitas , buah avacado , keju dan kepingan roti tortilla..kalau nak ikut resepi asal buah vacado tu di buat menjadi Guacamole dan Salsa buah tomato . Saya buat burrito saya macam ni simple dan senang nak disediakan..

7 comments:

  1. Menarik....leh cuba gak nanti...

    ReplyDelete
  2. waa.....boleh try nanti...
    masuk dlm list ni....
    anak2 akak suka keju...wlp mak dia pening ngan keju hehe

    ReplyDelete
  3. to pohon hijau ,
    alhamdulillah mmg sedap oo ye ke kat kfc ada ya burrito ni , akak buat sendiri saja hihi

    to cik cek,
    cuba la

    to Queenie ,
    hihihihi cuba kak mmg sedap anak-anak saya suka sangat burrito ni

    ReplyDelete
  4. sedap nye la nampak.

    nak try la nanti. thanx kak. ;)

    ReplyDelete
  5. Kak nannie, sy baru bercadang nak buat Buritto ni... buah avocado tu mmg sedap, lemak2 gitu...mmm... laparlah pulak perut ni ;)

    ReplyDelete
  6. slm kenal :)

    kalau nak beli roti tortilla ni banyak banyak banyak banyak untuk jamuan kenduri kendara dan sebagainya, jemput jengah blog saya lalu terus menuju ke kedai saya ye :)

    ReplyDelete