Pages

Monday, 9 January 2012

SARAPAN PAGI NI ~ BIHUN GORENG LADA HITAM


Selamat pagi Isnin yang sangat cerah , awal pagi matahari dah keluar menyinari...fresh betul rasanya pagi ni . Minggu lepas jadual harian saya agak padat sebab anak-anak dah mula sekolah saya memang hantar serta ambil anak-anak ke sekolah jadi saya hanya tumpukan perhatian pada anak-anak saja memang tak sempat nak buat n3 baru di blog saya ni . Sepanjang minggu lepas kalau masak pun saya masak menu yang simple saja atau kami makan di luar . Pagi ni baru la saya ada kesempatan nak masuk resepi sarapan pagi kami untuk hari ni iaitu bihun goreng lada hitam yang simple saja . Bihun goreng lada hitam ni ada juga di panggil bihun goreng Singapore tapi saya bagi nama bihun goreng lada hitam saja . Nak masak bihun goreng ni pun agak mudah serta cepat sementara untuk bahan-bahan rencah saya guna apa saja bahan yang ada dalam freezer . Makan bihun untuk sarapan dan kenyangnya sampai ke tengahari kan hihihih...


BAHAN-BAHAN :
1 peket bihun - rendam sehingga bihun menjadi lembut
200gm sotong , dibersihkan
500gm daging batang pinang
100 grm taugeh
1 ikat sawi kecil - dibersih dan potong
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar serbuk lada hitam - secukup rasa , ikut citarasa sendiri
3 - 4 sudu besar sos tiram - boleh tambah
Sedikit serbuk kiub daging
Garam dan gula secukup rasa

* Serbuk lada hitam boleh dikurangkan jumlah atau ditambah ikut citarasa sendiri . Jangan masuk terlalu banyak air rebusan daging masa menumis supaya bihun tak jadi terlalu lembut .

CARA MEMASAK :

Kupas semua kulit bawang kemudian tumbuk bawang sampai lumat . Bersihkan sawi dan dipotong ikut pada citarasa . Rendam bihun sehingga lembut dan boleh ditos dan ketepikan dulu . Sotong di bersihkan dan direbus kejap , jgn lama sgt hanya utk bagi sotong masak . Tos semua sotong dan ketepikan dulu . Rebus daging sampai empuk dan daging dipotong kecil , simpan air rebusan daging utk diguna semasa mengoreng bihun .

Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang , biar sampai bawang layu dan wangi kemudian masukkan semua daging . Kacau daging kemudian masukkan sotong serta terus kacau . Masukkan sedikit air rebusan daging anggaran satu cawan dan biarkan sampai mendidih .

Kemudian boleh dimasukkan sos tiram , serbuk lada hitam , gula , serbuk kiub daging seterusnya masukkan semua sayur sawi jika nampak kering boleh ditambah sedikit lagi air rebusan daging . Masukkan semua bihun dan kacau semua bahan sehingga cukup rata dan mesra kemudian boleh dimasukkan semua taugeh dan kacau . 

Akhir sekali jika kurang masin baru la dimasukkan garam secukup rasa . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing . Boleh la ditutup api dapur bila bihun dah masak . 

Bihun goreng siap untuk dimakan...

Bila masak guna lada hitam saya suka guna lada hitam biji yang saya tumbuk halus untuk mengeluarkan minyak , rasa dan aroma asli lada hitam itu . Bihun goreng ni saya tak guna banyak sangat lada hitam sebab takut terlebih pedas kiranya secukup rasa saja...

5 comments:

  1. salam nannie...Liza suka meehoon grg lada hitam cmni, tp anak2 kurenggg....hihihih

    ReplyDelete
  2. sedapnya...
    x penah lagi buat Bihun lada hitam...

    cara sama,
    cuma x penah ltak lg lada hitam=))

    ReplyDelete
  3. sedapnya bihun ni..
    tak nampak pun bihun sebab dah tenggelam dengan lauk pauk..heee..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak nani.. teringin nak masak gak laaa.. ain suka makan bihun goreng putih ni.. huhu

    ReplyDelete
  5. WLKSALM LIZA,
    ye la kalau terlebih lada hitam pun anak2 nannie tak suka

    to NorAine Nor,
    alhamdulillah sedap cuba la masak letak lada hitam cuma jangan terlebih letak nanti jadi pedas pula

    to Prettywrite,
    hihi memang isi rencah banyak kan baru sedap makan hihi

    to Ain,
    alhamdulillah sedap bihun goreng macam , masak la senang je

    ReplyDelete