Pages

Tuesday, 17 January 2012

Sambal tumis paru

Hari saya masak lauk sambal paru atau kelempung . Paru ni perlu direbus dulu sampai masak baru senang nak dipotong selain tu nak buang bau paru . Saya masak sambal paru ni tak pedas sangat sebab anak-anak saya pun suka makan sambal ni . Sambal paru ni pun sedap dimakan dengan nasi atau dengan nasi lemak dan sesuai juga dimakan dengan lontong kuah lodeh  .

BAHAN-BAHAN :

500 gm paru lembu
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Air asam jawa secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
5 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan


* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan paru dan rebus sehingga masak dan boleh ditos serta ketepikan dulu bagi paru sejuk . Potong paru ni nipis-nipis dan digaul dgn garam serta kunyit . Goreng paru sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan dulu .


Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

Masukkan  paru yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar yang dimayang nipis serta garam/gula secukup rasa . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

21 comments:

  1. Kelempung eh? 1st time dgr org panggil paru cemtu. tp kan kak nannie, sambal paru kak nannie tu nmpk sedap sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. to kakchik,
      kalau belah utara mcm di kedah paru ni dipanggil kelempung , alhamdulillah sedap

      Delete
  2. kak chik..ade rg mmg panggil paru ni kelempung...

    kak nannie, kalo sy beli nasik lemak mesti lauknye paru...sedap betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. to mummy,
      betul tu sebelah utara dipanggil kelempung , oohh mmg sedap makan dgn nasi lemak

      Delete
  3. salam kak nannie - ni favourite kalau beli nasi lemak mesti nak letak ni. nak masak sendiri tak reti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkslam mala,
      sama la akak pun mmg suka sgt makan paru sambal kdg2 dgn bihun goreng pun akak makan dgn paru sambal

      Delete
  4. Replies
    1. to aine,
      sambal paru mmg sedapkan

      Delete
  5. Replies
    1. to azura,
      sama la sambal paru mmg favorite saya juga

      Delete
  6. lama takmakan sambalparu. sedapnya. makan ngan nasi lemak sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. to izahdaut,
      yum2 mmg sedap mkn sambal paru dgn nasi lemak

      Delete
  7. assalam nanni..salam kenal dari acik..
    acik nak cuba resipi ye..selalunya main goreng je..x pernah tengok resipi.
    terima kasih ye nannie

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm acik erna,
      terima kasih ya singgah blog saya ni , cuba la acik ubah suai ikut selera acik sendiri ya resepi saya bagi ni hanya la panduan

      Delete
  8. sedapppnyaaaaaaaaa.. nak masak cam x berbaloi sbb ain sorg je yg mkn.. org lain x makan kat umah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. to ain,
      alhamdulillah sedap , ye la kalau ain amsak makan berdua je ya lagi bagus beli hihih

      Delete
  9. salam.. kakna jarang masak paru.sebab tak tahu nak masak apa.sedap.. nampaknya lain kali boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm kak na ,
      lepas ni boleh la kak na masak sambal paru ya

      Delete
  10. tiap kali jengah dapur nannie msti terliur nengok. simple but inviting :)

    ReplyDelete
  11. to cikgu anum,
    terima kasih la hihi masakan saya mmg simple saja utk makan anak-beranak di rumah ni :)

    ReplyDelete
  12. pebret akak ni... tapi x boleh makan selalu organ dalaman ni.. kaki akak x tahan..

    ReplyDelete